Kontes Panduan Blogger - Kontes Wajib Disertai Semua Blogger

on Thursday, 25 April 2013

Kontes Panduan Blogger
Kontes Panduan Blogger - Kontes Wajib Disertai Oleh Semua Blogger ::  Hari ni nak cerita tentang sebuah kontes yang boleh disertai oleh semua blogger yang dianjurkan oleh blog hasrulhassan. Disebabkan kontes panduan blogger ini dianjurkan oleh blogger terkenal, hadiahnya pun mesti super power. 


Hadiah untuk pemenang adalah :-

  • 1 x Hadiah Pertama - RM200 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 1 x Hadiah Kedua - RM150 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif
  • 2 x Hadiah Ketiga - RM50 + T Shirt Eksklusif OhMedia + Cenderamata Eksklusif

Power tak? Bukan senang ada orang nak anjurkan kontes dengan hadiah wang ringgit beratus-ratus macam ni tau. Ok, dah excited nak join? Rilek dulu, check it out syarat-syarat untuk sertai kontes panduan blogger ni dulu...


Syarat-syarat Penyertaan dan Pemilihan Pemenang
  • Blogger warganegara dan menetap di Malaysia.
  • Daftar sebagai peserta kontes dengan mengisi borang berikut - http://goo.gl/I1rlD
  • Jawab 3 soalan dengan betul dan tepat - jawapan boleh diperolehi dalam blog Panduan Blogger
  • Setiap jawapan perlu dijawab menerusi satu entri khas di dalam blog anda.
  • Anda bukan penaja kontes ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kontes ni, korang boleh klik SINI. Kontes ni sedikit lain sikit daripada kontes biasa, disebabkan namanya pun "panduan", so korang kena jawab 3 soalan yang aku rasa sangat mudah. Untuk sertai dan ketahui lebih lanjut korang boleh klik SINI.

Sekian, aku harap korang dapatlah ramai-ramai memeriahkan kontes panduan blogger ni ya. Barulah seronok kan? :)



Pelik - Katak gergasi RM130 sekilogram

on Tuesday, 5 February 2013


-->
Sungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.

tak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .


Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.

Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.

Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.

“Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.

“Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak,” katanya.

Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.

“Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari,” katanya ketika ditemui.


sumber:http://cerita2pelik.blogspot.com/201...k-gergasi.html

Pelik - Wanita Ketagih makan bulu kucing

on Monday, 4 February 2013



Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.


Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.


Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.


Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.


“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail



sumber: cerita2pelik.blogspot.com/2013/01/ketagih-bulu-kucing.html

Berita Hangat : Tentera AS Cipta Pesawat Canggih

on Sunday, 3 February 2013



PESAWAT Aeroscraft diletakkan di dalam hangar di sebuah bekas pangkalan tentera di Tustin, California pada 24 Januari lalu.

TUSTIN, California - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah mencipta sebuah prototaip pesawat Aeroscraft berteknologi tinggi yang boleh digunakan untuk membawa banyak muatan.

Jabatan Pertahanan AS dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah melaburkan dana sebanyak AS$35 juta (RM108 juta) dalam projek tersebut.

Pesawat tersebut dilihat berpotensi untuk membawa lebih banyak kargo berbanding pesawat udara lain ke kawasan zon bencana selain anggota tentera ke medan perang.

Badan pesawat itu dibina dengan menggunakan rangka aluminium dan gentian fiber yang kuat.

Prototaip pesawat itu dibina oleh firma penerbangan AS, Worldwide Aeros.

Pesawat itu digambarkan mirip pesawat penyelamat Thunderbirds 2.

Ia kini menjalani ujian di hangar pada era Perang Dunia Kedua di sebuah bekas pangkalan tentera di sini.

Pesawat berkenaan akan menjalani lebih banyak ujian sebelum ia boleh digunakan.

Ujian penerbangan pertama telah diadakan pada 3 Januari lalu.

Bagaimanapun, menurut jurutera kawalan penerbangan, Munir Jojo-Verge, cabaran terbesar juruterbang pesawat itu adalah untuk memastikan ia mampu menempuh angin kuat dan cuaca yang ekstrem lain. 

- Agensi

Berita Hangat : Nasi ayam ada bakteria koliform

on Saturday, 2 February 2013

Nasi ayam ada bakteria koliform

AYER KEROH - Gara-gara menjual makanan mengandungi bakteria koliform, dua pengusaha kantin sekolah berasingan di negeri ini  dijatuhi hukuman denda masing-masing RM6,000 dan RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Tan Boon Nee, 51, dan Pang Kin Lin, 62, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap masing-masing tiga dan satu pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa.

Boon Nee yang berhadapan tiga pertuduhan, didapati menjual ayam nasi ayam yang mengandungi kiraan koliform sebanyak 9,000 cfu/g, ayam goreng (4,000 cfu/g) dan sosej ayam keju (23,000 cfu/g) kepada pegawai berkuasa, P Ganesan.

Bakteria koliform biasanya menyebabkan pesakit mengalami demam, kejang perut, cirit-birit yang ada kalanya bercampur darah serta jangkitan kuman pada usus dan uterus.

Dia didapati melakukan kesalahan itu di kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Cheng kira-kira jam 9.10, 9.15 dan 9.20 pagi pada 2 Ogos 2011.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 (Pindaan) 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta sama, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili pelatih dalam kamar (PDK) merayu mahkamah mengurangkan denda berikutan tertuduh janda dan perlu menyara dua anak.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan negeri, Che Saipolliza Derman meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira keselamatan murid.

“Selain membabitkan sekolah dan keselamatan kanak-kanak, saya mohon hukuman setimpal diberikan sebagai pengajaran kepada pengusaha kantin sekolah yang lain supaya lebih menjaga kebersihan,” katanya.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua belah pihak, Majistret Syajaratudur Abd Rahman kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau satu bulan penjara bagi setiap pertuduhan dihadapi Boon Nee.

Sementara itu, dalam prosiding berbeza, Kin Lin didakwa menjual sosej ayam mengandungi 160 cfu/g di kantin Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Malim kira-kira jam 10.05 pagi pada 2 Ogos 2011.

Kin Lin yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen yang sama turut memohon hukuman diringankan kerana kurang berkemampuan.

Syajaratudur kemudian mengarahkan tertuduh didenda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan dihadapinya.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/nasi-ayam-ada-bakteria-koliform-1.126860

Apple akan menggunakan Carbon Fiber gantikan Aluminium?

on Friday, 1 February 2013

Apple akan menggunakan Carbon Fiber gantikan Aluminium?


Pada hujung bulan lepas, Macotakara (portal berita Jepun) melaporkan bahawa Apple menempah komponen carbon fiber untuk sebuah produk rahsia daripada sebuah syarikat di Jepun. Tempahan yang dibuat oleh Apple dikatakan agak besar dan banyak, bukannya untuk membuat sampel, menurut laporan tersebut. Tetapi tiada info lanjut mengenai produk apakah yang sedang dicuba oleh Apple.

Macotakara juga melaporkan bahawa tempahan tersebut adalah hasil kerjasama Apple dan syarikat carbon fiber selama lebih tiga tahun. Apple dikatakan mahukan carbon fiber serba baru yang berbeza dengan apa yang ada di pasaran ketika ini.

Minat Apple terhadap carbon fiber telah lama diketahui umum, apabila 4 tahun lalu Apple dikatakan akan mengeluarkan Macbook Air yang direkacipta dengan carbon fiber. Kemudian, Apple ada membuat patent mengenai penggunaan bahan tersebut dan tahun lepas, Apple dikatakan mencuba carbon fiber pada badan iPad 2.

Masih tiada sebarang produk yang menggunakan carbon fiber setakat ini. Adakah kita akan melihat Apple menggantikan aluminium dengan carbon fiber bermula tahun hadapan? Adakah iPad 4 yang bakal dilancarkan pada Mac 2013 akan menggunakan carbon fiber serba baru yang lebih ringan dan kukuh? Sama sama kita nantikan.

Rujukan : http://cinta.my/macbook

Berita Hangat - Dua Banduan Larikan Diri Dari Penjara

on Wednesday, 26 December 2012



TALI yang diperbuat daripada cadar katil digunakan oleh dua banduan lelaki untuk melarikan diri.

CHICAGO, Amerika Syarikat - Dua banduan berjaya melarikan diri dengan menggunakan cadar katil sebagai tali dari sebuah penjara di sini awal kelmarin.

Kedua-dua banduan tersebut yang disabitkan kesalahan merompak bank didapati hilang pada pukul 5 pagi waktu tempatan semasa para pengawal penjara membuat pengiraan bilangan penghuni.

Menurut polis, banduan-banduan tersebut didapati bertindak melarikan diri antara pukul 5 dan 8.45 pagi.

Seorang pegawai polis, Sarjan Mark Lazarro berkata, kedua-dua banduan tersebut, Joseph 'Jose' Banks, 37, dan Kenneth Conley, 38, memakai baju banduan berwarna oren semasa mereka melarikan diri.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mereka mungkin memakai baju T berwarna putih, seluar panjang berwarna kelabu dan kasut sukan selepas melarikan diri.

Menurut Biro Penyiasatan Pusat (FBI), kali terakhir kelibat kedua-dua lelaki itu dilihat adalah di Taman Tinley, 40 kilometer ke barat daya bandar raya ini.

Sejumlah anggota pasukan tindakan khas dihantar ke taman tersebut untuk memburu mereka.

Namun, kedua-dua banduan tersebut gagal ditemui.

Kedua-dua lelaki berkenaan didapati turun dari sebuah tingkap yang kecil di sebuah bangunan penjara.

Sejumlah orang mengerumuni kawasan di luar penjara kerana mereka tidak percaya kedua-dua banduan berkenaan boleh melarikan diri. 

Penjara itu menempatkan kira-kira 700 banduan dan setinggi 27 tingkat.

Ia merupakan bangunan penjara tertinggi di dunia.

Bangunan tersebut direka oleh seorang arkitek, Harry Weese pada tahun 1970-an.

Setiap bilik penjara mempunyai tingkap.

Pada tahun 2010, Matthew Nolan yang merupakan adik pengarah filem Hollywood, Christopher Nolan dihukum penjara 14 bulan kerana merancang untuk melarikan diri dari penjara tersebut dengan menyembunyikan tali yang diperbuat dari cadar katil. - Agensi


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_01.htm

Berita Hangat - Rumah Perlindungan Untuk Hari Kiamat Dijual

on Monday, 24 December 2012




BENTUK rumah perlindungan yang dibina Seyfried di Salt Lake Utara, Utah pada 12 Disember lalu.

WASHINGTON - Syarikat Utah Shelter System yang dikendalikan Paul Seyfried menghasilkan beberapa buah rumah perlindungan untuk kegunaan orang ramai menghadapi pelbagai bencana seperti peperangan nuklear, kimia, biologi, bencana alam dan hari kiamat.

Harga rumah itu adalah antara AS$51,000 (RM155,738) hingga AS$64,000 (RM195,471).

Seyfried menghasilkan rumah tersebut dengan menggunakan keluli di Salt Lake Utara, Utah.

Rumah itu turut dilengkapi dengan tandas. - Agensi


Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_03.htm

Berita Hangat - Mengamuk pada majlis kahwin bekas kekasih

on Sunday, 23 December 2012

Cermin kereta yang dinaiki pengantin lelaki dipecahkan seorang lelaki yang mengamuk di halaman rumah keluarga pengantin perempuan.


Segamat: Akibat cinta tidak kesampaian, seorang lelaki mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan bertindak memecah cermin dua kenderaan, termasuk yang dinaiki pengantin lelaki, di sini semalam. 

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di perkarangan rumah pengantin perempuan, di Labis, berikutan suspek bersenjatakan tukul besi dan parang beredar daripada lokasi kira-kira 15 minit kemudian. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, rombongan pengantin lelaki yang menaiki beberapa kereta dikatakan baru tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba dua motosikal membunyikan enjin dengan kuat. 

Sangka gimik 

Saudara terdekat mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an berkata pada mulanya, rombongan pengantin menyangka bunyi kuat itu adalah gimik sambutan, sebelum seorang penunggang motosikal mengeluarkan tukul besi sambil menjerit. 

“Lelaki itu kemudian terus memecahkan semua cermin Toyota Camry yang dinaiki pengantin lelaki menyebabkan kami semua terkejut dan cuba menenangkannya tetapi dia bertindak semakin ganas dengan turut mengeluarkan parang. 

“Lelaki itu kemudian mengugut akan menetak sesiapa saja yang menghalangnya sebelum memecahkan cermin hadapan Honda Jazz di tempat kejadian,” katanya. 
Goh berkata, dua lagi rakan lelaki itu menaiki motosikal lain hanya memerhatikan saja perbuatan berkenaan sebelum semua mereka beredar kira-kira 15 minit kemudian.



 
© Tak Serius! All Rights Reserved