Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Showing posts with label Info Hangat. Show all posts
Showing posts with label Info Hangat. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

Info Hangat - Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?


“Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”

“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”

“Baitullah tu apa?” …


“Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”

“Allah ada dalam tu?”

“Tak…..”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”

“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”

“Kamu sembah apa?”

“Saya sembah Allah swt”

“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”

“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”

“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”

“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”

“Pernah…… selalu..”

“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”

“Tengok perlawanan bola la..”

“Di mana?”

“Dalam tv la..”


“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”

“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”

“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”

“So..?”

“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”

“Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu..”

“Peliknya..”

“Sebab apa pulak pelik?”

“Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”

“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”

“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”

“Ya.. tak pelik..”

“Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”

Anda boleh copy dan share untuk perkongsian

Insyaallah

P/S: (” Kaabah merupakan kiblat bagi manusia di bumi ini. Ia juga melambangkan kesatuan manusia dan perpaduan ummah. Hakikat sebenarnya, orang Islam tidak menyembah kaabah, sedangkan kaabah sendiri adalah makhluk Allah S.W.T Orang Islam adalah menyembah Allah S.W.T yang Maha Esa. Orang Islam diperintahkan untuk menghadapkan dirinya kepada kaabah bagi menunjukkan perpaduan dan kekuatan.

Jom kita bayangkan orang yang solat di atas kapal terbang, adakah dia perlu berbongkok untuk mengadap kaabah yang berada di bawah? Tidak, bahkan dia wajib untuk berdiri tegak dan perlu mengadap kaabah pada permulaan solat sahaja. Jika kapal terbang itu berpusing ke arah bertentangan Kaabah, orang yang bersolat itu tidak perlu lagi berpusing ke arah kaabah. Solatnya sudah sah walaupun tidak mengadap kaabah. Wallahu’Alam.”)

Kredit - Amekaw.Com

Thursday, 6 December 2012

Info Hangat - Terowong Zaman Perang Ditemui Di Kelantan


Binaan lama yang ditengelami tanah kini dibersihkan
TUMPAT – Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.

Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah.

Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.

Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan.

“Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya.

Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah.

Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan.

Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.

Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920.

“Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.

“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.

Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan.

“Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob ketika dihubungi memaklumkan lokasi yang didakwa mempunyai terowong bawah tanah itu masih dalam kajian pihak Kerajaan Negeri.

“Tidak ada apa yang luar biasa di kawasan berkenaan, ia masih dalam kajian dan pelbagai penemuan kemungkinan akan diketahui nanti.

“Mungkin di bawah tanah tersebut ada tempat simpanan peralatan perang milik tentera Jepun. Sebab itu, Kerajaan Negeri minta bantuan pihak tentera ke lokasi tersebut. Lagi pun di sini pada zaman Jepun adalah penempatan tentera, kemungkinan ada bahan api di bawah sana,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan khabar angin berkaitan penemuan terowong tersebut.


p/s:Lepas ni mesti industri pelancongan kat kelantan masuk kan! Wuuuhuuu


Tuesday, 4 December 2012

Info Hangat - Planet Utarid Mempunyai Simpanan Ais!


GAMBAR menunjukkan bahagian utara planet Utarid.
WASHINGTON - Planet yang hampir dengan matahari, Utarid mengandungi simpanan ais yang banyak, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Menurut seorang penyelidik NASA yang mengkaji planet itu, David Lawrence, kawasan simpanan itu sebesar Washington D.C, Amerika Syarikat dan setebal 3.2 kilometer.

Washington D.C merupakan pusat pentadbiran AS yang seluas 68.3 meter persegi.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan data yang diperoleh daripada kapal angkasa Messenger yang mendarat di planet tersebut pada tahun lalu. - Agensi


Wednesday, 14 November 2012

Info Hangat - Oscar Kucing Terganas!



BUCKINGHAMSHIRE 10 Nov. - Seekor kucing dari baka Turkish Van yang diberi nama Oscar, sangat 'ditakuti' penduduk Wingrave, di sini selepas haiwan berbulu itu pernah beberapa kali mendatangkan kecederaan kepada binatang serta manusia.

Bukan setakat itu, penduduk juga terpaksa membawa pistol air jika ingin berjalan di luar rumah bagi mengelak daripada 'diganggu' kucing itu.

Oscar yang turut digelar 'Asbo cat', bermaksud kucing yang mengalami masalah anti-sosial, didakwa mengganggu ketenteraman kawasan tersebut dengan menyerang anjing, kucing dan juga penduduk.

Seorang daripada mangsanya, Leftenan Kolonel (B) Tom Ridgway, 77, terpaksa menghabiskan masa selama enam hari di hospital selepas kucing itu menggigit lengan kanannya sehingga terkena pada bahagian tulang.

Oleh sebab itu juga, jiran-jiran tidak mengendahkan atau menawarkan diri untuk membantu mencari kucing tersebut apabila Oscar hilang pada 17 Oktober lalu.

Pemiliknya, Caroline Hughes berkata, haiwannya itu bukan seekor kucing yang ganas, malah disayangi dan pernah muncul dalam iklan Ikea pada 2010.

"Dia tidak pernah menyerang kanak-kanak dan anjing. Dia hanya menyerang jiran saya kerana lelaki itu cuba menakutkannya ketika cuba untuk memegangnya," kata Hughes yang merancang untuk berpindah dari kawasan itu.

Wanita itu berkata, dia juga bersyukur apabila Oscar ditemui di sebuah rumah di Northampton, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Bagi penduduk Wingrave, mereka amat bersyukur dengan kehilangannya kerana menganggap kucing berusia lima tahun itu sangat ganas dan agresif. - AGENSI

Monday, 12 November 2012

Info Hangat - Mengenali Manusia Melalui Kentutnya



Salam 1 Blogger. Hehehe. Satu kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Antarabangsa TakSerius Dunia telah menyatakan bahawa ciri-ciri seseorang individu itu dapat dinilai melalui kentutnya.

Berikut adalah hasil daripada kajian tersebut (HEHE!) :

Orang TIDAK JUJUR Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

Orang BANGANG Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

Orang BERWAWASAN LUAS Orang yang tahu bila harus kentut.

Orang SENGSARA Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

* Orang MISTERIUS Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

Orang GUGUP Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

Orang SADIS Orang yang kalau kentut di ranjang terus dikibaskan baunya ke ranjang orang lain.

Orang PEMALU Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri.

Orang yang STRATEGIK Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

Orang ***** Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

Orang PELIK Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit- sikit, sampai bunyi "tit-tit-tit".

Orang SOMBONG Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

Orang RAMAH Orang yang senang mencium kentut orang lain.

Orang yang tidak senang BERGAUL Orang yang kalau kentut, sembunyi.

Orang AKUATIK Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi blekuthuk-blekuthuk".

Orang ATLETIK Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

Orang JUJUR Orang yang mengaku kalau habis kentut.

Orang PINTAR Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

Orang MALANG Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik...

Friday, 9 November 2012

Info Hangat - 88 Tahun Menanti Foto Perkahwinan


IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi.
IMPIAN TERLAKSANA...Wu dan isteri, Sognshi.
NANCHING: Tanya mana-mana pasangan yang sudah bertunang dan mereka akan menjawab majlis perkahwinan tidak akan lengkap tanpa gambar romantik bagi mengingati majlis berkenaan.
Sebahagian pasangan yang baru berkahwin akan mengambil gambar mereka selepas majlis itu. 
Tetapi bagi pasangan ini, mereka menanti hingga 88 tahun sebelum dapat merakam gambar paling istimewa dalam hidup mereka.

Pasangan yang sudah menjangkau usia 100 tahun, Wu Conghan dan Wu Sognshi, berkahwin di wilayah Sichuan, China pada 1924.

Bagaimanapun, mereka tidak merakam gambar perkahwinan itu sehinggalah baru-baru ini.

Conghan, 101, dan Sognshi, 103, hidup bahagia bersama sejak 88 tahun lalu.

Mereka selalu mengimpi untuk merakamkan gambar kahwin mereka.

Tetapi pasangan itu tidak mempunyai pilihan apabila melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun berkenaan.

Impian mereka dijadikan realiti baru-baru ini oleh sebuah syarikat foto di Nanching, bandar tempat tinggal mereka.

Seperti apa juga yang ada kaitan dengan majlis perkahwinan, pengantin perempuan mahu rakaman itu paling sempurna dan memastikan suaminya kelihatan paling segak denghan baju putih. - DM

p/s : kemain lagi ya! Hehehe!

Thursday, 8 November 2012

Info Hangat - Gila Ping, Laman Ping TerGILA!


Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca dan blogger!

Ok, hari ni TS nak kongsikan sat laman ping antara yang tergila. Memang mantap dan hebat! Apa laman ping tu?

Laman ping tu adalah GilaPing.Com. Mantap, banyak trafik TakSerius datang daripada GilaPing. Serius, saya tak tipu.

Jadi?

Jadi, kalau nak blog anda mendapat trafik yang banyak dan hebat, boleh lah ping blog anda disini. Sekian. Selamat berPING bersama GilaPing! :)

Wednesday, 7 November 2012

Info Hangat - Komputer Riba Punca Tak Subur


LONDON: Sepasang suami isteri yang berusaha mendapatkan anak terkejut apabila doktor berkata, kegagalan mereka berpunca daripada komputer riba.


Scott Reed dimaklumkan bahawa dengan meletakkan komputer pada ribanya menyebabkan haba merosakkan spermanya.

Kesannya, juruelektrik berusia 30 tahun dan isteri, Laura, juga 30, sukar untuk memperoleh anak.

Berikutan itu, Scott menggunakan komputer ribanya di meja dan tiga bulan kemudian, isterinya hamil anak perempuan mereka, Taryn.

Laura berkata: Saya tidak pernah dengar perkara ini berlaku sebelum ini.

Apabila diberitahu mengenainya oleh doktor, ia satu kejutan besar.

“Scott biasanya menggunakan komputer ribanya sebelah petang selama beberapa jam dan menutupnya ketika kami menonton televisyen.

“Dia akan gunakannya untuk tugasnya dan perkara lain seperti Facebook.

“Kami langsung tidak terfikir ia akan menjejaskan spermanya.”

Pasangan dari Clanfield, Hampshire itu mengunjungi doktor mereka selepas Laura gagal hamil walaupun selepas berusaha selama enam bulan.


Pada mulanya, doktor menyangka kesuburan Reed dikatakan terjejas akibat beguk yang dialaminya ketika berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati dia menghasilkan jumlah sperma yang sihat tetapi rosak akibat terkena haba.

Menerusi mikroskop, ia dapat melihat ekor sperma bergulung pada kepalanya, bermakna ia tidak boleh berenang cepat ke arah telur.

Masalah itu adalah perkara biasa dihadapi tukang masak yang bekerja dalam persekitaran yang panas.

“Selepas bertanya sama ada saya tukang masak, soalan berikutnya ialah ‘adakah anda menggunakan komputer riba? “Saya menggunakannya setiap hari dan tidak pernah terbayang kesannya,” kata Scott. - DM

p/s : laki-laki, jaga-jaga tau! hehe.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press