Assalamualaikum serta salam lebaran diucapkan kepada semua, tak lupa juga salam debaran buat semua pelajar tingkatan 3 (termasuk diri saya) yang bakal menduduki PMR pada 7 oktober ini…… doa serta tawakallah sebenarnya yang paling penting pada saat akhir ini tapi jangan lupa usaha masih diperlukan waima pada minit terakhir sekalipun….. namun bukan inilah yang menjadi topik untuk dikongsi, topik yang hendak dikongsi adalah mengapa couple itu adalah haram….. mengapa yer couple itu haram sedang anak-anak muda islam dan melayu sekarang masih lagi ber’couple ‘sedang mereka sendiri mengetahui bahawa couple itu hukumnya adalah haram...Kita kupas secara lebih mendalam berkaitan isu ini…. Allah telah berfirman dalam al-quran yang bermaksud dan jauhilah kamu zina… ayat ini jelas menunjukkan bahawa setiap perbuatan yang hampir kepada zina itu hukumnya adalah haram… maka bukankah couple itu sendiri sebenarnya menjerumuskan diri dengan zina… ya benar allah sememangnya menyuruh umat islam itu mencintai dan menyayangi antara satu sama lain namun allah tidak pernah menyuruh umat nabi Muhammad untuk melakukan perbuatan yang menghampiri zina waima perbuatan duduk rapat-rapat antara lelaki dan perempuan yang boleh merangsang nafsu juga sudah tentu dihukumkan haram…..sabda rasulullah, mafhumnya: setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat… jadi kita lihat apakah tujuan seseorang itu ber’couple’… rata-rata remaja yang ber’couple’ menggunakan alasan inspirasi sebagai tujuan ber’couple’… maka mengapa tanggungjawab sebagai seorang pemberi inspirasi tidak diberikan kepada ibu bapa, kaum keluarga mahupun tokoh-tokoh islam yang telah banyak berjuang demi agama tercinta…. Aku pelik waima peperiksaan besar yang bakal menziarahi lagi beberapa hari ada lagi yang masih sibuk berdating… hebat..hebat….ada juga yang meletakkan niat-niat jahat mereka di atas panji-panji cinta dan kasih sayang yang konon-konon sejati dan apabila si syaitan itu mendapat apa yang diingini lalu terus wanita yang sudah dijanjikan dengan cinta itu ditinggalkan……. Lalu mengapa masih tercetus persoalan mengapa couple itu haram???Sebenarnya persoalan ini ditimbulkan oleh seorang sahabat yang bertanyakan pendapat aku tentang persoalan ini dan jawapan bagi pendapat aku adalah ini…. Bagaimana pula dengan yang lain, maka terpulanlah untuk mentafsirkan sendiri persoalan ini namun biarlah tafsiran itu berlandaskan agama yang suci….. insyaallah jika setiap tafsiran itu berlandaskan agama yang suci maka sudah tentula tafsiran itu adalah tafsiran yang amat berkuliti…. Insyaallah… semiga semua remaja islam terutamanya pelajar-pelajar mrsm pontian mendapat hidayah untuk berubah kerana dalam melakukan perubahan tiada titik noktahnya kerana kita adalah manusia yang acap kali melakukan kekhilafan yang kadan-kala kita ulangi buat yng ke-sekian kalinya….. insyaallah ,kita mampu berubah jika dilandaskan atas niat dan usaha untuk melakukan perubahan itu adalah usaha yang jitu………
