urm bercerita pasal pandangan pada waktu tengah malam yang sunyi sepi nie.... entahlar tiba-tiba minda terbuka untuk bercerita tentang pandangan. pandangan adalah milik setiap insan di dunia ini. andai kata engkau adalah seorang yang ternama, memiliki kekayaan dunia, memiliki kuasa empayar maka pandangan engkau bakal menjadi pandangan yang amat diambil kira oleh setiap manusia.... namun andaikata engakau hanyalah seorang papa kedana, tidak berharta, tiada apa-apa maka pandanganmu bakal tidak membawa sebarang makna kepada sebahagian besar manusia... tetapi percayalah meski engkau seorang yang papa, tidak berharta dan tidak memiliki paras rupa engkau adalah seorang yang berhak memberi pandangan..... jika engkau memiliki ilmu sedalam lautan maka engkau adalah amat layak untuk memberi pandangan.... namun andaikata engkau hanya memiliki ilmu sedalam lopak-lopak air hujan, engkau juga adalah seorang yang layak memberi pandangan.... pandangan diilhamkan melalui dua haluan berbeza, satunya yang bakal membuat kita tersenyum puas apabila mendapat pandangan yang sebegitu rupa yang bergelar PUJIAN dan satu lagi adalah perkataan yang bakal membuat kita berduka tatkala menerimanya yang dinamakan sebagai KRITIKAN..... dua perkataan berbeza yang membawa maksud yang jauh berbeza namun icoretkan melalui pandangan manusia..... andaikata engkau diberi pandangan, maka terimalah ia sebaiknya... jika engkau diberi pujian, jangan engkau terlebih menikmatinya kerana bimbang takbur dan riak bakal bermaharajalela di hati.... andaikata engkau menerima kritikan maka janganlah pula engkau terlebih berdukacita kerana bimbang putus asa bakal menjadi pilihan dirimu..... jadikanlah pujian itu sebagai sesuatu yang bakal menyebabkan engkau mengekalkan prestasi dirimu dan jadikanlah pula kritikan itu sebagai sesuatu yang bakal engkau ubah pada hari esok.... biasa terdengar, jangan engkau hiraukan kata-kata orang lain... tetapi percayalah jika itu yang engkau amalkan maka dirimu tidak akan berjaya buat selamanya.... andaikata engkau pula yang ingin memberi pandangan maka wajarlah ianya lahir dari hati yang tulus dan suci kerana disudut itulah sebenarnya satu tali persahabatan dapat diukur betapa kukuh atau rapuhnya ia..... memetik kata-kata sorang daripada tenaga pengajar di IPTA "beware if u found a man that always be praised of u and do not critics u, its maybe not ur friend but he is ur enemy" kerana apa kerana sebagai manusia kita sememangnya banyak melakukan kekhilafan.... berilah pandangan dari hati yang jujur dan terimalah pandangan dari hati yang terbuka.... >sekadar peringatan buat kita yang sering terlupa<
