aku lebih menyukai,
andaikata diriku disayangi daripada dicintai,
kerana aku bimbang cinta itu itu bakal menjerumuskanku ke dalam neraka,
kerana aku tahu menyayangi itu adalah lebih bermakna dari mencintai
tetapi,
aku lebih menyukai,
andaikat diriku dicintai atas nama persahabatan daripada disayangi,
kerana aku tahu cinta itu bakal membahagiakanku,
kerana aku tahu cinta atas nama persahabatan itu adalah sesuatu yang cukup berharga..
tetapi,
andaikata engkau tidak menyayangiku,
apatah lagi mencintaiku,
maka janganlah pula engkau membenciku,
kerana kebencian terhadap diriku adalah umpama satu penyeksaan yang terlampau berat yang terpaksa aku tanggung...
andaikata,
engkau menyayangiku,
maka ketahuilah bahawa aku menyayangimu lebih dari engkau menyayangi diriku,
andaikata,
engkau mecintaiku sebagai kekasih,
maka ketahuilah bahawa aku belum bersedia dan janganlah pula engkau terluka,
andaikata,
engkau mecintaiku atas nama persahabatan,
maka teruskanlah, kerana ianya adalah suatu yang amat bermakna buat diriku,
andaikata engkau tidak lagi suka akanku,
maka janganlah pula engkau membenciku,
kerana ia adalah satu penyeksaan yang amat besar dalam hidupku....
jadikanlah persahabatan yang terjalin antara kita semakin hari, semakin utuh bukannya semakin hari semakin rapuh.....>salam sayang persahabatan
