sudah terlampau lama kiranya aku tidak membuka laman ini..
mungkin aktiviti2 serta tumpuan yang aku berikan terhadap perkara2 untuk mengejar impianku telah membuat aku terlupa sejenak kepada sebuah medium untuk aku meleraikan segala kekusutan di hati yang sudah tersimpul dengan seribu keserabutan... mana mungkin aku terlupa buat selamanya, medium yang membuat hati yang gundah-gulana bertenag semula..
meski tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata apatah lagi untuk memberikanku nasihat untuk meleraikan kekusutan yang bermaharajalela ini... sekurang-kurangnya ia telah menjadi tinta kepada hatiku dan ia telah melaksanakan tugasnya mendengar segala bicara hati yang sudah tidak tahu hendak disuakan ke mana lagi... kawan??? teman??? sahabat??? entah, aku merasakan seperti sudah kehilangan perasaan kasih terhadap insan-insan itu... ya allah, betapa mulusnya, betapa kudusnya aku, dan betapa bakhilnya aku kerana tidak mampu menyuakan kasih yang telah engkau fitrahkan ini buat mereka... namun, andai kasih yang disua tidak diterima.. andai rindu dibalas benci.. untuk apakah aku harus suakan kasih yang telah engkau fitrahkan ke hati ini buat mereka.... ampuni aku ya allah, sungguh... mana mampu perasaan kasih ini hilang buat insan-insan yang selalu menceriakanku, mana mungkin kasih ini terus menerus ghaib hilang entah ke mana... namun kesunyian serta ketidak pedulian yang mereka zahirkan padaku telah membuatkan hati ini menukilkan kata-kata nista untuk menafikan rasa kasih yang tidak akan pernah hilang ini...sungguh ya allah, kau telah mengurniakan fitrah yang cukup molek buat setiap makhlukmu, tidak kiralah manusia ataupun haiwan, semuanya telah engkau anugerahkan dngan fitrah kasih ini... semoga kami senantiasa berada dalam payung rahmatmu....
