Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Friday, 17 December 2010

MANIS ATAU PAHIT??

Assalamualaikum..
hari ini bercerita mengenai manis atau pahit...
apakah entri ini berkaitan dengan langkah kerajaan Malaysia yang giat menyeru rakyatnya supaya mengurangkan penggunaan gula..





oh tidak, anda tersilap...
sebenarnya c'Pencoret tinta ini mahu membicarakan serba sedikit perihala kejayaan dan kegagalan..
soalan cepu cemas yang dilontar oleh seorang sahabat beberapa hari lepas menjadi titik utama wujudnya persoalan ini..
maniskah kejayaan?
pahitkah kegagalan?
sebenarnya soalan sahabat Amir berbunyi sebegini

''kenapa Allah tak nak terima doa aku?''

aduhai,
berat sungguh soalan itu pabila dilontar ke dalam jiwa yang masih kecetekan ilmu ini..
persoalan ini mula muncul pabila seseorang itu merasakan kegagalan itu sebagai satu bebanan dan terasa amat pahit apabila menghadapinya...
sebenarnya, jika dilihat dari perspektif minda yang negatif dan andai kita membawa diri kita sedikit jauh dari lumrah serta fitrah kegagalan itu, kita bisa melihat kegagalan itu sebagai satu kemanisan...
sebagai satu nikmat yang allah tidak turunkan pada sesetengaha hambanya...
bayangkan jika tiada perkataan gagal ini dalam diari kehidupan sebagai pelajar,
maka, bukankah pelajar itu akan mudah hanyut dalam 'kemanisan' kejayaan yang dimilikinya..
bukankah pelajar yang seperti itu lebih mudah terjerumus ke dalam lembah yang akan meranapkan masa depannya??
wahai temanku,
sesungguhnya Allah itu maha penyayang...
dia menjadikan sesuatu itu bersama hikmah di sebaliknya...
kadangkala kita harus keluar sebentar dari berfikir sebagai seseorang yang mengikuti sistem yang berteraskan A itu cemerlang, E itu gagal...
kerana keluasan kotak sistem itu yang teramat sempit menjadikan kita senantiasa mengejar huruf A itu dan pabila kita gagal menggapai A itu kita merasakan kegagalan itu sudah bertamu walhal E itulah yang mengajar kita erti sebenar kehidupan,..
kerana manusia tidak selamanya menang..
kerana kita tidak sempurna...
namun kita jarang belajar untuk memahami hakikat gred itu diperkenalkan dalam sisitem pendidikan di negara ini....
sehingga kita hanyut...
hanyut kerana gagal memahami tetapi terus mempraktikkannnya...
kadangakala,
kegagalan itu lebih manis dari kejayaan..
kerana dengan orang yang gagal,,
apabila ia bangkit dan berusaha....
usahanya bukan calang-calang..
usahanya mampu membuatkan dunia tergamam dan terpana dengannya..

Amir ini memahami hati insan yang gagal...
kerana Amir ini juga telah banyak melalui fasa kegagalan yang dipendam di dalam jiwa tanpa diluah pada sesiapa...

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press