Assalamualaikum, lama sudah tidak update blog. Ini semua berpunca dari 1 perasaan yang sememangnya meruntun hati yang selalu gembira. Aduhai. Sedih. Kebiasaannya aku suka untuk menyampaikan rasa sedih aku dalam sebuah sajak. Kerana itu membuat aku rasa lebih tenang dan bahagia.
Sebak,
Tiada terkata,
Bagai kelu lidah meneruskan bicara,
Bagai termati akal mengilhamkan idea,
Rasa sedih ini,
Mematikan jiwa,
Entah siapa yang peduli.
Sebenarnya aku rasa sedih disebabkan tak dapat SPC. Seronoknya tengok kawan-kawan yang dapat SPC. Ade yang dapat UTP, Curtin, INTEC, INTI dll. Hm. Entahlah, tapi aku rasa sangat sedih dan kecewa. Adakah sesiapa yang mahu meminjamkan mata membaca luahan ini? Adakah sesiapa yang mahu meminjamkan sedikit nasihat dan kata-kata untuk meredakan rasa sedih dan kecewa yang sudah bersarang di jiwa? Entah. Harapnya masih ada.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.