Assalamualikum serta salam sejahtera pembaca budiman. Apa khabar iman anda hari ini? ^^
Perkahwinan Yana dan Syafiq ini sememangnya sangat kontroversi. Terlampau ramai yang mula mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang mereka rasa mereka betul. Kasihan pula melihat pasangan mempelai ini. Hm.
Baru-baru ni keluar pula statement daripada beberapa kelompok yang menyifatkan perkahwinan yana dan syafiq ini sebagai melanggar undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. Persoalannya, mereka ni bercakap ada bukti kah? Atau hujah mereka main sedap mulut je?
Maka untuk mengelakkan fitnah dan statement-statement sepeti itu terus berleluasa, sumber daripada jabatan agama islam hari ini mengeluarkan keterangan di hmetro.com.my.
KUANTAN: Pasangan suami isteri bawah umur, Syafiq, 16 dan Yana, 14, sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa agama sebelum dinikahkan, baru-baru ini.Sumber Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berkata, peruntukan undang-undang syariah negeri itu menetapkan, individu yang mahu berkahwin perlu berusia sekurang-kurangnya 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
Menurutnya, berdasarkan siasatan dilakukan, pasangan itu sudah memohon di Mahkamah Rendah Syariah Pekan bagi membolehkan mereka berkahwin dan permohonan mereka dibenarkan.“Oleh itu, tidak timbul sama ada pasangan terbabit melakukan kesalahan atau tidak kerana peraturan asas yang ditetapkan sudah dipatuhi,” katanya.
Sementara itu, Kadi Daerah Kuantan, Ahmad Nizam Abdul Manan berkata, mustahil pasangan pengantin bawah umur itu boleh meneruskan pernikahan jika tidak mendapat kebenaran kerana Jaip melakukan pemeriksaan status dan umur pengantin sebelum meluluskan permohonan mereka untuk bernikah.
Beliau berkata, peruntukan mengenai pasangan bawah umur yang ingin berkahwin sudah termaktub mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) berhak menolak mana-mana permohonan untuk bernikah jika syarat utama itu tidak dipatuhi.“Bagi individu bawah umur yang mahu berkahwin mereka perlu mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum meneruskan permohonan untuk bernikah,” katanya.
So, pada yang mengeluarkan statement-statement berbaur fitnah itu sudah mula boleh berhenti rasanya. Sekarang kan bulan puasa, bukan bulan menambah dosa.
Apa-apa pun, chill yok :)
Siapa yang belum baca lagi? Perkahwinan muda yana dan syafiq!

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.