Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Sunday, 29 July 2012

UNTUNGLAH AWAK COMEL!


Untunglah~ Awak comel. Sekali update status beribu orang like. Sekali upload gambar beratus orang share. Bila tengok awak punya wall, saya tengok friends quota aawak dah limit. Tak cukup dengan tu, subscriber awak pun dah beribu! Untunglah~ Awak terkenal!

Tapi kan wak, saya ada benda siket nak tanya dekat awak yang comel @ handsome @ cantik boleh x?

Dengan kelebihan kecantikan seta kemahsyuran awak di atas dunia selama ini, berapa banyak yang awak dah sumbangkan untuk umat islam? Awak selalu tak post perkara-perkara yang mengingatkan subscriber serta fans awak tu tentang kematian dan akhirat? Saya bukan apa, sebab saya selalu sangat tengok awak post gambar dekat facebook yang tak tutup aurat. Hm. Maaf ye kalau awak terasa.

So, amacam hari ini? Berapa banyak yang telah kita lakukan? Berapa banyak yang telah kita sumbangkan dengan kepandaian, kehenseman, kebijaksanaan, kecantikan dan kecomelan kita kepada agama bangsa dan negara?

Kita refleks kembali, atau mungkin selama ini kita telah tersasar dengan menggunakan kecomelan, kecantikan, dan segala keistimewaan kita ke suatu arah yang menyebabkan insan-insan yang meminati kita itu lebih jauh daripada agama Allah.

Ala, x cool la! X kan la aku yang hensem ni nak post pasal perkara-perkara islamik. Nanti orang kata aku poyo pulak.
Siapa kata x cool? Hilal Asyraf, Imam muda asyraf dan Hami Asyraf nampak cool je. Lebih baik la orang kata kau poyo, kan poyo tu maksudnya comel. Bertambah-tambah comel la kau! :)

Mari refleks serta muhasabah diri sebentar. Jika yang ramai friends dan subscriber di facebook tu bolehlah semak-semak kembali hari-hari semalam apa yang telah kita sumbang atau lakukan. Yang ramai follower di twitter juga masrilah refleks kembali tweet-tweet kita sebelum ini.

Kita ini manusia. Ada silap. Ada salah. Kerana itulah Allah tidak pernah menutup pintu taubat seorang hambanya.

Jom sebarkan kepada rakan-rakan kita yang comel di sana. Butang share ada dibawah. Yok!

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press