IBU TIDAK PERNAH MENGELUH
Assalamualaikum serta salam sejahtera pembaca budiman. Hari ini mari merenung kembali kisah serta nostalgi a kita bersama ibu tercinta. Mungkin diantara kita, ada yang masih memiliki, dan ada juga sebahagian daripada kita yang sudah kehilangan insan paling berjasa dalam hidup kita.
Setakat kita lahir kedunia ini, sudah berapa banyak kali ibu disakiti kerana telatah kita? Lahir saja kita kedunia telah membuat ibu merasa sakit yang teramat. Namun, ibu tidak pernah berdendam dengan kita, malah ibu memberikan segala kasih sayangnya buat kita. Namun, sudahkah kita menghargai?
Hakikat diri kita insan. Kerap kali terlupa. Alang insan itu sendiri berasala daripada perkataan arab yang bermaksud lupa. Namun, tidaklah kita lupa selama-lamanya bukan? Bila lagi kita ingin menghargai?
Dalam kehidupan ini, kita sering menghargai apabila kita sudah tidak memiliki. Kita terkenang momen-momen indah itu, saat ia telah berlalu pagi. Sedang pada waktu momen itu berlangsung dan sedang melintasi alam realiti, kita idak pernah menghargai!
Begitulah kita, jarang untuk menghargai momen-momen indah bersama ibu yang tercinta. Sampai satu saat, di mana ibu sudah tidak bernyawa, baru kita mahu berkata "Alang indah jika waktu dapat diputar kembali". Bilakah agaknya baru kita akan sedar? Sehingga ibu sudah tidak bernafas diatas muka bumi kah?
Ibu senantiasa inginkan yang terbaik buat kita. Saat kita sibuk membesar, kita terlupa bahawa dia semakin tua. Tetapi ibu kata "Tidak mengapa, jangan kau sia-siakan usia mudamu untuk menjaga ibu, ibu masih mampu". Sedang ibu sebenarnya mengharap agar kita terus menjaganya.
Begitulah ibu. Ibu simpan segala apa yang mereka rasa! Ibu pendam segala sedih dan pilu yang mereka miliki. Mereka suakan ayat-ayat manis agar si anak tidak terasa hati. Walau ibu sebenarnya mengharap anak sentiasa berada disisi. Tapi kita tidak pernah memahami!
IBU SEMAKIN TUA!
Ibu sudah semakin tua. Ibu berharap agar anak-anaknya tidak pernah melupakannya. Ibu berharap agar anak-anaknya sekali-sekala menjenguknya dikampung. Ibu berharap agar anak-anaknya sekurang-kurangnya menelefon ibu. Tidak perlu setiap hari ibu kata. Cukuplah seminggu sekali, "Ibu tahu anak ibu sibuk".
Saat ibu sudah lama tidak mendengar suara kita, ibu mendail nombor telefon kita. Ibu terlampau rindu akan kita! Ibu mahu bercakap dengan kita! Namun, ibu tekan kembali butang merah telefon bimbit ibu, kerana ibu takut, ibu menganggu!
Mulia hati seorang ibu. Sehingga rindu itu mereka tahan. Agar si anak tidak rasa ibu ini menganggu!
Saat ibu berseorangan, ibu renung koleksi gambar-gambar lama bersama anak-anak ibu. Serasa masa begitu pantas berlalu. "Seakan baru semalam ibu melahirkanmu" kata ibu. Berlinanganlah air mata ibu. Ibu rindu momen-momen indah itu. Ibu bertanya, "Dimanakah anakku?"
Begitulah ibu, tiada diberitahu bahawa ibu sedang rindu. Kerana ibu takut, ibu menganggu!
Wahai anak-anak sekalian. sudahkah engkau menghargai ibumu? Setelah ibu mencurahkan segal-galanya buatmu? Setelah ibu mengandung dan melahirkanmu. Pernahkah kau berterima kasih kepada ibu? Atau engkau hanya rasa ibu menganggu?
Wahai pembaca. Kita sibuk membesar bersama teman, namun, jangan kita pernah lupa ibu! Ibu rindu akan suara kita. Ibu rindu akan keletah kita. Ibu rindu segala-galanya tentang kita. Cuma ibu tidak mahu bersuara, bimbang ibu menganggu.
Mari kita hargai ibu kita! Telefonlah mereka sekurang-kurang 3,4 hari sekali. Kerana ibu semakin tua. Bimbang esok, ibu sudah tiada.
Jangan lupa like page AmirAces[dot]Com! ;)

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.