Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Friday 9 November 2012

Berita Hangat - Keluarga Wang Palsu

LICIK...suspek berurusan di kaunter pembayaran di sebuah restoran.

NUSAJAYA: Enam beranak diburu polis kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini, tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi. 

Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.

p/s : Jaga2 ye. Bahaya, dah ramai manusia yang tak takut dosa sekarang ni. Hmm.

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press