Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Tuesday 6 November 2012

Cerita Lawak - Perokok Yang Kaya

Kisah benar seorang perokok : Ajoi berjumpa doktor kerana batuk-batuk..

Ajoi: Selamat pagi doktor…

Doktor: Ya.. selamat pagi, boleh saya bantu ?

Ajoi: Begini doktor, saya punya masalah sesak nafas dan batuk-batuk.

Doktor: Oh begitu… hmm awak seorang perokok?

Ajoi: Betul doktor, saya memang perokok..

Doktor: Satu hari berapa batang awak hisap? dan sudah berapa lama awak merokok ?




Ajoi: 1 hari lebih kurang 2 kotak dan saya merokok sudah 15 tahun.

Doktor: Anda tahu berapa kos yang awak keluarkan dalam 1 hari ?
cuba kira, satu hari dikali dengan 2 kotak rokok dikali 365 hari (setahun) dikali 15 (tahun)…
sambil membuka tingkap, doktor tersebut menyambung….”anda lihat banglo mewah di seberang jalan sana..? “, bayangkan encik, kalau dari dulu anda tidak pernah merokok selama 15 tahun dan wangnya dikumpulkan, mungkin anda sudah mampu mempunyai banglo mewah macam tu. (dengan nada ceramah)….

Ajoi: Doktor tak merokokkan?

Doktor: ooh..tentu tidak (dengan bangganya !)

Ajoi: Doktor ada banglo mewah macam tu?

Doktor: Takdelah, saya tak mampu…kenapa?

Ajoi : Kalau doktor nak tau, yang banglo mewah doktor tunjuk itu memang saya punya banglo…sedangkan doktor yang tak hisap rokok pun tak mampu nak beli..

Doktor: Erkk..salah orang aku ceramah rupanya… (dalam hati)

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press