Ibu,
telah banyak diri ini melukakan hatimu,
dengan perlakuanku,
dengan kegagalanku,
dengan kata-kataku,
namun kau masih mampu tersenyum dan menciumku,
adakah itu tanda kemaafan darimu,
atau senyuman itu lahir dari hati yang membenciku...
Ayah,
terlampau banyak diri ini menyakitkan hatimu,
namun engkau masih membisu.
adakah itu tanda engkau telah memberi keampunan kepadaku,
atau diammu itu kerana benci terhadapku...
Cikgu,
selama bergelar pelajar kepada dirimu,
aku kadang-kala terlupa,
aku terlupa untuk menghargaimu,
aku terlupa untuk menghormatimu sebagai guru,
namun engkau masih membantuku,
adakah bantuan itu tanda bahawa engkau telah memaafkanku,
atau bantuan yang kau hulurkan itu bukanlah datangnya dari hati yang memaafkanku...
Abang,
15 tahun sudah aku menjalani kehidupan bersamamu,
mustahil jika aku tidak pernah menyakitkan hatimu,
namun kau masih mampu bergurau bersamaku,
adakah itu tandanya bahawa engkau telah memaafkanku,
atau gurauanmu itu lahir dari hati yang membenciku....
Kakak,
telah cukup lama aku menyusuri kehidupan bersamamu,
telah banyak kekhilafan yang aku zahirkan padamu,
namun enkau masih mampu tersenyum kepadaku,
adakah itu tanda kemaafan darimu,
atau hanya senyuman kebencian terhadap diriku....
Sahabat,
jarang sekali aku memohon maaf kepadamu,
padahal terlampau banyak luka dihatimu disebabkanku,
namun kau masih berjabat mesra denganku,
adakah itu tanda kemaafan darimu,
atau kemesraanmu itu sebenarnya tanda kebencian terhadap diriku....
ibu,
ayah,
cikgu,
abang,
kakak,
sahabat,
maafkanlah aku,
kerana aku sering terlupa untuk memohon maaf darimu,
walau ku tahu aku sering menyakiti hatimu,
walau ku sedar aku telah banyak melukakan hatimu,
kerana tanpa kemaafan darimu,
nerakalah menjadi tempat yang abadi buatku...nauzubillah
