Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Friday, 18 September 2009

pilunya di aidilfitri...

ramadan kali ini adalah benar-benar bulan yang amat mencabar buat diriku...dengan aku yang bakal mengahadapi peperiksaan PMR, dengan guru-guruku yang sering memperlihatkan kegelisahan terhadap result-result aku dan sahabatku yang berhempas-pulas mencari segenap ilmu di segenap penjuru... belum cukup dengan dugaan itu, allah telah memperlihatkan kuasanya terhadap ustazku dan guru homeroomku... allah telah memberi dugaan yang amat besar terhadap mereka yang turut dirasai olehku... ustazku mengalami masalah batu karang yang menyebabkannya tidak boleh kencing dengan semprna... sungguh aku kasihan melihat keadaannya...namun dengan kesakitan itu dia masih mampu untuk mengejutkanku di waktu subuh dan merencana kelas-kelas tambahan.... allah telah memperlihatkan betapa kasihnya seorang guru terhadap anak didiknya meskipun anak-anak didiknta suatu masa dahulu pernah mencerca dan mengutuk dirinya... kadang-kala aku air mata ini hampir berderai jatuh ke bumi kerana melihat keadaannya namun masih ku simpamn air mata itu untuk suatu masa yang lebih bermakna.... belum habis dugaan yang dihadapi oleh ustazku, guru homeroomku yang bernama Puan Syaliza terpaksa menghadapi dugaan yang begitu besar.... suaminya telah terlibat dalam suatu kemalangan yang menyebabkannya kehilandan kedua-dua belah kakinya.... apabila terbaca berita itu terus ku sebarkan kepada sahabat-sahabatku mohon mereka mendoakan kesejahteraan serta kedua-dua guruku ini dapat mengahadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar......

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press