Mungkin inilah warkah yang ku rasa terakhir dari diriku sepanjang cuti syawal ini... aku rasa puas sudah aku meluahkan isi hati, memberi pandangan dan sedikit beremosi sepanjang aku menyediakan blog ini... namun aku berhenti hanyalah untuk sementara dan akan menulis kembali selepas selesai peperangan yang bakal datang kepadaku tidak lama lagi.... apa yang ku pinta bukanlah sebesar mana ku rasa buatmu tapi ianya cukup bermakna buat diriku.... doa darimu adalah harapan dariku..... jangan doakan aku seorang sahaja yang berjaya tapi doakanlah buat semua pelajar serta sahabatku kerana tak manis rasanya untuk ku titipkan kejyaan ini seorang diri.... aku pohon kemaafan darimu andai aku pernah mencalit garis-garis luka di hatimu yang mungkin berdarah dan tidak aku rawat lagi melalui kemaafan.... aku hanyalah insan biasa yang sememangnya tidak sempurna... aku banyak melakukan kekhilafan dan kesilapan... mungkin kadangkala semua itu datang dari hati yang sengaja tetapi percayalah aku tidak pernah berniat untuk menyakitkan hatimu.... aku juga sedar aku ini telah banyak mencipta kesengsaraan kepada ramai orang, ayah..ibu..kakak..abang..pak cik..mak cik...cikgu...sedare-mare malahan teman-teman.... ampunilah aku.... aku sudah penat berusaha tetapi jika usaha itu tanpa kemaafan darimu... apalah kiranya usaha itu... jika kejyaan pula yang hadir tanpa kemaafanmu, mungkin ianya hanya istidradj dari illahi dan itulah yang sebenarnya yang paling aku takuti.... mencipta kesusahan buat kau memang sesuatu yang amat mudah dan aku tahu untuk meminta kemaafan darimu bukanlah semudah itu....kerna dosaku yang terlalu besar buat dirimu... ampunilah aku dan sampai ketemu lagi selepas peperangan aku berakhir... doakanlah kejayaan buat diriku dan doakanlah mrsm pontian untuk menggapai 100% 8a dalam pmr..... amiin...
