Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Saturday, 14 November 2009

apa makna sebenar di sebalik CINTA???

CINTA, apakah kau benar mencintai seseorang apabila engkau melafazkannya kepada seseorang. Apakah rasa cinta itu benar-benar datang dari hatimu yang tulus??? Apakah cinta yang engkau lafazkan itu sebenarnya hanyalah permainan kata buatmu??? Kalau benar rasa cinta itu benar-benar datang dari hatimu yang tulus, bagaimana ianya menjadi terlalu mudah untuk dilafazkan dari bibirmu itu… sedangkan anak kepada Suh Rang iaitu pencinta seni sastera dan seorang penyajak di Korea pada zaman Korea baru sahaja melalui pembebasan daripada Jepun dan menjawat jawatan sebagai seorang doktor ‘pengembara’, apabila ditanya oleh Chung Yang yang juga seorang pencinta seni sastera generasi selepas ayahnya mengapa beliau tidak menetap di suatu tempat, berkahwin, memiliki keluarga dan membina kehidupan sendiri di sebuah tempat, jawapannya adalah kerana beliau tidak mampu untuk melafazkan kata cinta dan terlalu sukar untuknya mencintai seseorang atas alasan “ aku tidak mampu untuk mencintai seseorang kerana aku tidak mampu untuk mencintai segala kebaikan dan keburukan seseorang kerana itulah makna cinta” begitulah katanya. Lihat betapa sukar dan mendalamnya maksud cinta yang sebenar. Jika contoh itu terlalu sukar bagi anda untuk mendalami makna cinta sebenar, mari saya bawakan satu lagi peristiwa yang saya dapati melalui tontonan drama bersiri SEKAR yang ditayangkan di Astro Prima… pada suatu babak sepasang pasangan yang menjadi tonggak drama itu bergaduh ( dalam drama tu, lah), lalu melafazkan kata perpisahan… dan si wanita ini pun menceritakan peristiwa menyayat hati itu kepada ibunya dan apa kata ibunya “engkau ini mencintainya tetapi bukan sepenuh hatimu, jika engkau benar-benar mencintainya engkau tentu tidak akan memutuskan perhubunganmu kerana manusia yang mencintai manusia yang lainnya pastinya akan mencintai setiap keistimewaan dan keburukan orang itu”. Begitulah betapa mendalamnya makna cinta sebenar…. Cinta bukan jua hanya antara lelaki dan wanita tetapi cinta itu adalah anugerah yang maha kuasa yang layak diberi dan dikongsi meskipun sejantina sebagaimana cinta yang rasulullah dan para sahabat tunjukkan di antara mereka… jadi apakah anda sebenarnya betul-betul memahami cinta itu sebelum meluahkannya dan sudah mampukah anda untuk menanggung seksa cinta dan menuruti lunas syarak dalam percintaan anda??? Dan ingatlah sesungguhnya cinta yang sebenar dan sejati adalah cinta dari seorang hamba kepada penciptanya dan semoga kita semua berada dalam lingkungan percintaan bersama dengan allah. Insyaallah!!! Amiin….

Ya allah, andaikata aku jatuh cinta kepada saudara yang sejantina denganku, janganlah engkau membuatkan cinta itu lebih dari cinta seorang sahabat kepadanya, andaikata aku jatuh cinta bersama saudara yang tidak sejantinaku, maka engkau jadikanlah cinta itu tidak membatasi lunas-lunas syarak yang digariskan olehmu, andaikata aku jatuh cinta kepada sesiapapun dan apa jua sekali di muka bumi ini, janganlah engkau menjadikan percintaan itu melebihi rasa cintaku kepadamu ya allah…. Andai kata masa ini belum sesuai pula untuk aku dianugerahi oleh rasa cinta kepada saudara yang berlainan jantina denganku, maka janganlah pula anugerahkannya kepadaku kerana aku bimbang aku bakal terpedaya dengan calitan nafsu yang dibelai oleh syaitan ini menunjukkan belangnya… Dan jika kami ini sebenarnya belum bersedia untuk menerima cinta dari seseorang yang berlainan jantina maka janganlah engkau biarkan sahabat-sahabat kami menaruh perasaan kepada kami kerana bimbang tali persahabatan yang kami bina selama ini bakal terputus….Dan engkau jadikanlah percintaan antara aku dan para sahabatku ini sebagai cinta yang kekal dan jadikanlah perasaan cinta antara kami sebagai sesuatu yang diredhai olehmu kerana engkaulah Rabbul Izati dan engkaulah sebaik-baik pengkabul permintaan…….

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press