Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Wednesday, 25 November 2009

DalAm KesYahDuaN MaLaM

dalam kesunyian malam yang menyepi,
dalam kesejukan malam yang menusuk kalbu,

aku sendiri lagi,
menyaksikan kekuasaan yang esa,
menyaksikan kerdipan ribuan bintang di angkasa,
menyaksikan keindahan bulan yang indah tak terkata...

air mataku hampir berderai lagi ke bumi,
kerana di saat aku melihat bulan ciptaan yang esa,
aku terlihat wajah setiap ahli keluargaku,
cahayanya pada malam ini yang tidak melitupi bulan,
begitulah ibarat keluargaku yang jarang bersama,
namun cahaya itu tetap memancar ke bumi,
begitulah umpama sokongan yang tidak pernah hilang dari keluargaku,

air mataku hampir berderai lagi,
kerana pabila ku terpandang bintang-bintang di angkasa raya,
aku lantas terpandang wajah seorang demi seorang sahabatku,
banyaknya tidak terkira,
jauh dariku namun tetap menampakkan sinaran cahayanya,
begitulah umpama semua sahabat dan temanku,
mereka menerangi setiap pelusuk kehidupanku,
walau mereka jauh dariku...

air mataku kali ini terlepas ke bumi,
pabila ku terfikir bahawa manusia tidak akan kekal selamanya,
kerana kita bakal menghadap yang esa,
kerana kita bakal terpisah atas satu noktah,
noktah yang dikatakan sebagai kematian...

aku berharap noktah ini hanyalah noktah di dunia dan aku juga berharap agar noktah inilah yang bakal mempertemukan kita semua di syurga kelak... amiin

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press