pengorbanan dan persahabatan adalah umpama satu simpulan yang sudah tersimpul mati dan menjadi lumrah kehidupan manusia. adakalanya kita menyedari pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat kita namun sering kali kita terlupa untuk menghargainya.... sering kali kita mencemuh orang yang tidak mampu untuk berkorban demi kita.. namun kita terlupa pernahkah kita berkorban demi mereka??? kadangkala kita mencela mereka yand tidak mampu berkorban demi kita... namun kita terlupa untuk memikirkan bahawa adakah kita cukup berani untuk mempertaruhkan apa yang kita miliki demi mereka??? lihatlah betapa zalimnya diri kita.... ketahuilah betapa hinanya diri kita.... kita masih tidak layak bergelar seorang sahabat yang sejati andaikata kita tidak berani untuk mengorbankan sesuatu demi sahabat kita..... janganlah asyik mencemuh dan mencela sedang diri kita lebih hina dari mereka.... jadilah seorang sahabat yang sejati yang sudi mengorbankan sedikit masa untuk mendoakan, menasihati serta berkongsi ilmu kerana itulah sebenarnya pengorbanan yang paling bermakna daripada seorang sahabat sejati.... akhir kata mudah-mudahan kita menjadi sahabat yang sejati buat semua sahabat kita... amiin
