mendapat mesej dari seorang teman yang pernah dibenci satu ketika dahulu, hati bercampur gembira dan sedih!!!
sambil mendengar instrumental titanic song yang cukup untuk mencairkan serta meluluhkan hati setiap manusia yang mendengarnya sudah cukup untuk mengimbau segala kenangan manis yang pernah terjadi sewaktu bergelar pelajar menengah rendah di MRSM pontian.....
kenangan yang tak mungkin bisa berulang....
kenangan yang hanya bakal menjadi memori untuk dikenang....
peristiwa hitam yang disaksikan oleh dewan besar mrsm pontian,
peristiwa diboikot,
peristiwa dibenci oleh form5,
dan banyak lagi peristiwa yang kita lalui bersama.....
mesej yang diterima itu amat menyayat hati hingga hati yang sedang bergenbira sekalipun mampu menitiskan air mata,
mesej itu berbunyi:
hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti sahabat dan remaja, dan bila zaman itu berlalu nescaya ia takkan kembali lagi.... masa ini jua kita akan membawa haluan masing2, mungkin sukar untuk kita bersatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah, belajar, bergurau, kekantin bersama... terbukti zaman pelajar adalah zaman yang paling sukar untuk kita lupakan...................
begitulah serba sedikit intisari sms itu....
gembira mendapat result sudah tidak mampu mengubat hati yang sedan dirundung kesedihan akibat mengenang kembali segala detik manis yang tida k mungkin dapat diulang bersama insan yang sama lagi, namun, apakan daya inilah kehendak yang esa....
menguji supaya kita menjadi lebih tabah dari biasa!!!!
