Kisah ini hanyalah cerita yang sebenarnya amat wajar dijadikan tauladan kerana kita seringkali melupakan atau tidak menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain kepada kita.... (episod1: kawan)
kisahnya bermula apabila ukhwah antara 2 orang sahabat ini terjalin dengan sendirinya (rahmatullah serta kurniaan dari yang esa).... sahabat pertama adalah amir.... sahabat kedua adalah khair...
Amirul dan Khairi adalah 2orang pemilik syarikat yang ternama..
namun, amirul dan khairi tidak pernah tegar untuk melupakan pencipta mereka...
oleh itu, setiap kali sebelum pulang ke rumah selepas bekerja, mereka akan pergi ke masjid yang letaknya hampir dengan lokasi syarikat milik mereka...
setiap kali mereka akan memohon doa masing2 yang amat dihar supaya dimakbulkan oleh allah...
suatu hari, amirul bertanya kepada khairi, 'wahai sahabatku, apakah yang engkau pinta dari allah'...
pertanyaan itu dibalas dengan senyuman oleh amirul...
lalu giliran amirul pula yang bertanya 'bagaimana dengan engkau pula wahai sahabatku?'..
Khairi pun menjawab, 'aku berdoa agar rezekiku dilipatgandakan oleh allah'
Keesokan harinya, nyata bahawa doa khairi dikabulkan oleh allah.. nilai saham syarikatnya meningkat secara mendadak...dan diceritakan kepada amirul yang sentiasa bersama senyumnya...
malam berikutnya, mereka pergi lagi ke masjid menjalani rutin kebiasaan mereka...
kini giliran amirul pula yang memulakan bicara...
"wahai sahabatku, apakah yang engkau pohon pada illahi"
jawab khairi, " aku mendoakan agar isteriku selamat melahirkan anak kami, bagaimana pula denganmu?"
amirul membalas sekali lagi dengan senyuman....
setelah beberapa bulan...
isteri khairi berjaya melahirkan anak mereka...
berita ini dikhabarkan oleh khairi kepada amirul pada suatu malam di masjid yang kebiasaannya menjadi tempat pertemuan mereka...
namun kali ini, amirul tidak tersenyuim seperti biasa, bagaikan ada suatu keperitan yang terpaksa ditanggung..
'ya, mungkin amat berat' desir hati khairi...
lantas persoalan itu diterjah keluar melalui bibirnya dan dibalas oleh amirul
"anakku menghidapi barah"...khairi amat terkejut lantas melanjutkan bicara "banyak-banyakkan berdoa ya mir"
pada setiap malam berikutnya, khairi selalu bertanya perihal anak amirul namun jawapan yang diberi tetap sama 'masih seperti itu'...
pada suatu malam, sedang mereka bersantai setelah menunaikan solat sunat..
khairi memangkin kata, 'amir, aku rasa doa kau tak berapa makbul la'...amirul tersenyum mendengar kata2 sahabatnya itu...
Khairi yang pelik dengan gelagat amirul itu melanjutkan kata ' kenapa kau tersenyum? bukankah allah tidak menerima doamu?'...
lantas amirul membalas 'sebenarnya aku amat bersyukur pada illahi kerana terlampau banyak doaku yang dimakbulkan berbanding apa yang belom dimakbulkannya lagi'...
'apakah doamu itu wahai sahabatku' persoalan itu terlafaz dari mulut khairi...
amirul menjawab 'doaku pada setiap malam adalah supaya segala doa-doamu dimakbulkan olehnya walaupun doa-doaku terpaksa dikorbankan untuk doamu itu'...
mulut khairi bagaikan terkunci, hanya air mata menceritakan segala2nya...
tubuh amirul dipeluk seerat-eratnya... tanda permohonan kemaafan atas keterlanjuran kata yang telah dilafaz ke atas sahabatnya itu... "maafkan aku amirul"....
ingatlah, bahawa sebenarnya kita jarang sekali melihat kebaikan dan pengorbanan dari teman2 kita...namun, kita sering mencari kekurangannya padahal kitalah yang sering mencuri kebahagiaan mereka.. namun, mereka masih bisa dan terus tersenyum kerana sebenarnya...dia tidak tegar melihat kau menangis dan bersedih....kawanmu ini telah cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu...maafkan andai aku gagal...

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.