Assalamualaikum w.b.t diucapkan kepada semua rakan-rakan,
mungkin ramai yang telah mengetahui, apabila berbicara perihal aurat, perempuan lebih diberi perhatian..
mengapa?
kerana aurat di samping wanita itu adalah mahkota yang tidak ternilai harganya..
maruah yang tidak layak dipertontonkan buat lelaki-lelaki ajnabi yang sentiasa bersiul melihat keindahan mahkota-mahkota yang sepatutnya disembunyikan oleh wanita solehah..
kadangkala, mulut ini telah memberi teguran..namun pelbagai macam alasan yang kembali disua..
kadangkala, wanita itu berdiam dan melakarkan riak yang tidak senang dengan teguran yang disua..
aduhai wanita..
masalahnya auratmu menjadi amanah buatku..
bukannya hendak bertindak biadab denganmu atau berlaku kurang ajar kepadamu..
namun ketahuilah bahawa kuasa yang engkau ada untuk menghumban lelaki ke dalam neraka adalah amat kuat...
kerana apa yang engkau lakukan menjadi amanah buat kami kaum adam..
namun mengapa engkau tak mahu mengerti??
mengapa teguran yang kami sua menjadi jenaka?
mengapa nasihat yang dibawa oleh seorang adik dipandang sambil lewa..
wahai wanita muslimah..
wahai teman-temanku yang memegang amanat untuk memelihara mahkota..
wahai ahli keluargaku yang berjantinakan wanita semata-mata..
sesungguhnya teguran ini perlu diambil kisah!
sesungguhnya nasihat ini wajib menjadi tauladan buatmu!
jagalah auratmu wahai wanita...
kerana andai engkau dihumban ke dalam neraka kerana perlakuanmu itu,
maka engkau akan menarik 4 lagi golongan adam bersamamu..
siapa???
PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.
KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.
KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
ihsan musaffir illahi
kasihanilah ayahmu yang telah menjadikan permulaan hidupmu di alam dunia sebagai sesuatu yang bahagia dan sempurna...
paling tidak pun,
kasihanilah suamimu yang engkau kata cinta dari hidup sehingga ke akhir hayatmu..
paling tidak pun,
bersimpatilah kepada abang-abangmu yang sudah menegurmu dan memberi nasihat yang engkau pandang lewa itu,
paling tidak pun
kasihanilah anak yang engkau sendiri telah lahirkan ke dunia ini....
entri ini bukan bertujuan untuk menghiris hati sesiapa namun untuk menyedarkan kaum wanita terutamanya ahli keluarga si penulis untuk mengambil iktibar atas setiap teguran dan nasihat yang dilempar walau insan itu lebih muda darimu.......
kerana teguran itu lambang aku cinta dan sayang padamu wahai sadari-saudariku...
Dan, sesungguhnya api neraka itu terlampau pedih azabnya..mohon dijauhkan dan berusahalah supaya kita tidak dihumban ke dalamnya keran allah maha pengampun dan tiada alasan untuk kita tidak bertaubat sebelum ajal datang menjemput..
POHON DIJAUHKAN..AMIIN |

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.