Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Sunday, 13 March 2011

KORUPSI ALAM


Korupsi sana..
Korupsi sini...
Tsunami di sana..
Banjir di sini..
Arh, salah siapa jadi begini?
Korupsi ketamadunan bangsa..
Kehancuran akhlak masyarakat dunia...
Mana ibu?
Mana bapa?
Masih sibuk menyelesaikan menguruskan syarikat?
Sedang harta berharga kau tinggalkan sendiri?
Mana masyarakat?
Mana tetangga?
Masih berpegang pada pendirian jangan jaga tepi kain orang lain?
Pepatah yang diguna bukan pada tempatnya...
Mana melayu yang sopan dahulu?
Sopannya kini, membuang bayi...

Mana islam di sanubari?
Jika nafsu dan harta raja diri....

Kita hebat membantu orang tsunami..
mengapa tak bijak mengatasi tsunami pergaulan bebas kini?
Kita hebat menghantar pengaman ke sana ke mari..
sehingga diiktiraf kuasa2 besar dan PBB..
tapi, mengapa kita kurang memantau pengancur keamanan yang menjadi doktor persendirian??

Apa-apa pun..
kembali pada diri jua..
korupsi alam bermula dari kita
dari jiwa yang dibelenggu nafsu..
dari minda yang dahagakan harta..


Aduhai...
Dunia ini hampir tiba di penghujungnya...
baikilah diri...
supaya kita tidak korup di akhirat nanti..

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press