Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Wednesday, 14 December 2011

Interview : Pra SPM (SPC MARA) (3)

Assalamualaikum semua. Minta maaf atas kelewatan ini, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat diatasi sya terpaksa menangguhkan tugas saya untuk terus sharing dengan teman-teman semua. Apa-apa pun, saya sudha kembali untuk melengkapkan jalan cerita yang terlopong pada akhirnya.

Inilah jalan cerita akhirnya. sesi soal jawab dari interviewer. Antara soalan yang diberikan adalah;


  1. Siapakah awak rasa leader yang terbaik dalam kumpulan awak?
  2. Do u think that u are better leader than others?
  3. Apa kefahaman anda tentang soalan yang diberi?
  4. Apa pendapat anda tentang soalan yang diberi?
  5. Mengapa anda rasa Tony Fernandes patut turun?
  6. Apakah kesalahn yang telah team anda lakukan, dan beritahu cara untuk memperbaiki kesalahan tersebut.
  7. Apakah kelemahan yang terdapat dalam perbincangan, dan bagaiman cara mengatasinya?
  8. Apakah kesalahan dalam result yang kamu nyatakan?
Oh, nampaknya hanya itu sahaja soalan yang masih saya ingat. Sebelum saya terlupa, saya baru dapat info dari kwan yang mengambil course medik dan interviewnya pada hari semalam. Situasi yang diberikan adalah sama. Belon udara panas dan jalan cerita yang sama. Maka, mungkinkah soalan interview pada hari ini adalah sama? Jika ya, maka orang yang interview pada hari esok amatlah beruntung. Jika tidak, saya yakin anda sudah mendapat gambaran daripada post-post saya di blog dan juga cerita daripada teman-teman anda. Besarlah harapan saya supaya post-post saya tidak mendatangkan fitnah dan membantu anda semua. Besar juga permintaan saya supaya anda hadirkan nama saya dalam setiap doa yang anda panjatkan dalam setiap solat fardu dan sunat.

-semoga amirul aslam bin ahmed mendapat tawaran untuk mengikuti program pra spm tahun 2012, amiin-

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press