Kadangkala aku terfikir,
Bagaimana untukku mengecapi maunah dari illahi,
Sedangkan diri ini masih alpa dengan keenakan dunia,
Jarang sekali mengingati sang pencipta,
Jarang sekali bersujud kepadanya dengan keikhlasan dari hati yang suci….
Kadangkala aku terfikir,
Apakah doa-doaku selama ini diterima,
Sedangkan diri masih melakukan dosa yang sama,
Mencerca…menghina….juga bangga,
Takutnya aku untuk menghadapi al-mizanmu…..
Kadangkala aku terfikir,
Apakah segala amalan-amalanku selama ini diterima,
Sedangkan diri ini selalu terlupa,
Untuk mensyukuri nikmatnya dengan Alhamdulillah,
Untuk bersabar dengan dugaannya dengan innalillah,
Takutnya aku untuk menghadapi titian siratmu,
Kadangkala aku terfikir,
Apakah selama ini semuanya istidradj dari yang maha kuasa,
Nauzubillah… takutnya aku,
Namun jika semua ini maunah dari yang maha esa,
Alhamdulillah…gembiranya aku,
Ya allah,
Kau ampunilah hambamu ini…ya allah,
Takutnya aku untuk menghadapi al-mizanmu yang adil,
Takutnya aku untuk aku masuk ke dalam kubur yang sempit,
Takutnya aku untuk menghadapi seksaanmu yang benar-benar menyeksakan,
Kerana aku hanyalah insan yang kerdil,
Jangan kau jadikan aku termasuk golongan yang munafiq, fasik dan murtad,
Kerana sesungguhnya kami sedang berusaha menjadi hambamu yang beriman….
