Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Tuesday, 25 August 2009

karya dari abangku

Ingin sekali ku tangis…
Pada setiap gundah dan pilu
Pada kala berdarah nan ribu
Pada desing desing rintik hujan menghempas simen batu
Namun…
Apalah titis titis airmata itu tanpa mengira pelangi senja…

Suka sekali untuk ku tertawa
Melirik senyum pada rasa ku bayang indah
Sekadar mencanting garit bibir penyeri muka
Mengukir indah ciptaaN pada yang terindah, dan apa pada kita??
Alahai…
kira apalah bahak ketawa andai masih sarat yang terbuku…

Geram ku hingga ingin menikam
Waima hanya bau tengik dibawa angin
Kadang duri ditanam jauh nun dihulu hati
Mencabar pada sabar yang hanya senipis kulit bawang
Aahhh … bawang dengan baunya, dengan pedih mata tiap dihiris
Hendak apalah dengan marah
Tika masih ada yang menyenangkan jiwa, menenangkan rasa…. hai sejuk gamaknya

Hendak ku biar saja….
Alahai…. bukan itu yang mestinya
Menyerah tanpa usaha ibarat mengharap sambil dusta
Kerana garap segala rasa
Ku pohon iman dari yang Esa
Beri kan ku taufiq dan hidayah Mu
Kurniakakanlah husnul khatimah pada hamba Mu ini
Dan ku pohon Rahmat dariMu, ya Rahman ya Rahim
Lailahaillaanta subhanaka inni kuntu minadzalimin.
Amin.

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press