sepi,
tiada berteman,
hanya aku berseorangan,
melalui liku-liku kehidupan,
kadangkala terjatuh,
laluku bangun tanpa siapa membantuku....
sunyi,
di keheningan pagi yang dingin,
aku terus menyusuri lorong-lorong gelap,
tanpa teman,
aku keliru,
ke manakah sahabat yang berjanji akan sentiasa bersamaku.....
kini,
aku mula sedari,
aku sudah tahu ke mana menghilang teman yang pernah berjanji untuk sentiasa bersamaku,
baru ku fahami kata hamka,
teman ketawa mudah dicari,
teman menangis jarang dijumpai....
teman,
engkau pergi kerana aku sedang menitiskan air mata,
engkau pergi kerana aku tidak lagi punya apa-apa,
adakah ini erti sebuah persahabatan yang kau kata setia??
tinggalkan aku tatkala aku terjatuh...
ya allah,
kau jadikanlah setiap tali persahabatan di antara kami adalah yang hakiki,
lahir dari hati yang suci,
kerana engkau adalah rabbul izzati,
aku mohon kepadamu,
supaya engkau jadikan setiap temanku dan diriku,
adalah teman yang setia..amiin
