Try to be more polite :) |
Post ini ditulis bertujuan untuk menyambung kembali penceritaan dalam post ini. Oh ye, kesinambungan.
Maka, setelah diminta duduk oleh ahli panel, kami diberikan taklimat yang super duper ringkas oleh ahli panel. Briefing yang dijadualkan berlangsung selama 5 minit, dijalankan tidak lebih dari 1 minit oleh ahli panel.
Sewaktu discussion berlangsung, maka terdapatlah seorang grup leader yang terlantik secara tidak rasmi. Pada waktu ini, cuba untuk menjadi leader dengan menjadi orang yang pertama bercakap dalam kumpulan. Contohnya, "So, should we start now?". Alhamdulillah saya mendapat teammates yang baik kerana memberi peluang untuk setiap orang bercakap. Dan seolah-olah semua orang berinteraksi pada waktu itu. Alhamdulillah.
Maka perbincangan pun berlangsung. Perbincangan team saya bermula dengan perbincangan kelebihan serta kekurangan setiap individu dalam list yang disenaraikan. Setiap orang yang memilih individu memilih untuk mempertahankan hak masing-masing. Memandangkan saya mengambil individu Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Maka, saya lebih senang untuk memperkatakan apa yang telah terjadi kepada individu yang dipegang oleh saya.
Oh ya, selepas perbincangan pros & cons tentang individu-individu itu, kami meneruskan dengan undian. Ternyata, 3 orang sudah confirm keluar iaitu actress, khairul fahmi dan tony fernandes. Namun, konflik tiba apabila Dato Dr. Fadzillah mendapat undi yang sama dengan Dato' Seri Jamil. Maka, saya terpaksa berdebat sekali lagi.
Saya menerangkan tentang peri-pentingnya Dato' Seri Jamil kepada negara. Antara isi yang diberi adalah;
- Dato' Seri Jamil merupakan menteri, maka sudah tentu beliau amat diperlukan dalam negara ini, lagipun kan negara kita adalah negara islam. Maka, jika tanpa menteri islam itu di negara, apa akan terjadi pada islam?
- Dato' Seri Jamil dapat juga Memberi motivasi kepada penumpang.
- Kita tidak mengetahui apa tujuan diorang ke Putrajaya, tapi secara logiknya, mestilah ada kaitan dengan pentadbiran. Maka, saya rasa Dato' Seri Jamil lebih diperlukan berbandang Dato' Fadzillah.
Hujah tentang Dato' Dr. Fadzillah Kamsah
- Beliau adalah seorang motivator, maka dalam situasi yang cemas itu, mereka memerlukan seorang motivator untuk menenangkan keadaan.
- Beliau adalah seorang profesional dalam bidang kaunseling dan seorang muslim yang berlatarbelakangkan pendidikan keagamaan yang kuat. Maka, dia dapat menenangkan.
Berdasarkan hujah yang diberi, 5 orang memilih Dato Jamil untuk dikeluarkan. Namun, pada saat akhir, seseorang mengangkat tangan. Dia (perempuan) menerangkan kembali serta memberikan pendapat mengapa Dato Jamil patut kekal. Dia juga turut menambah dengan menerangkan situasi serta saya mengambil kesempatan menerangkan kembali, jika 4 orang dikeluarkan, maka tiada situasi cemas. Oh ye, perempuan itu mengatakan, 3 orang yang sudah dipilih adalah leader. Dah tentu diorang mempunyai self-motivation yang tinggi, so tidak memerlukan seseorang untk memberikan motivasi kepada mereka. Kemudian baru ditambah oleh saya.
Alhamdulillah, kata sepakat dicapai, semua memilih Dato Jamil untuk teruskan perjalanan..
Seterusnya sesi pembentangan. Maka setiap ahli kumpulan memilih individu mana yang hendak diperkatan. Saya tetap memilih Dato' Seri Jamil.
Sesi berakhir dengan soalan daripada ahli panel; hendak tahu apa antara soalan yang ditanya oleh ahli panel? Nantikan sambungannya, kerana tangan sudah penat menaip, dan mata sudah mula mengantuk. Minta maaf.
-Semoga Amirul Aslam mendapat program pra spm tahun 2012, amiin- tq.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.