Assalamualaikum semua :)
Kini, saya baru selesai mengahadapi interview Pra Spm MARA untuk course phsychology untuk penempatan pada tahun 2012. Kini saya berada di UITM, menunggu abang menyiapkan assignment.
Oh ye, post kali ni sememangnya bertujuan untuk menceritakan perihal interview SPC MARA yang baru selesai. Orang kata tak baik kedekut ilmu kan. :) Namun, cerita ini adalah berdasarkan pengalaman bagi bidang psiko dan international relationship (IR). Bidang yang lain tidaklah saya tahu bagaimana. Mungkin sama
Di hari kejadian, seakan-akan reunion. Ramai student dari MRSM Taiping dan Pontian. Ada juga yang mengambil bidang medik dan farmasi.
Selepas itu, petugas memanggil semua yang hadir untuk menandatangani serta menulis nama untuk kehadiran serta diberikan tag. Oh Ye, berlakulah sopan terhadap petugas, kerana mereka juga manusia. Manalah tahu, mereka menilai dari sudut personaliti kita kan.
Selepas itu, petugas memanggil "Ok, student panel 2 sila beratur". Aku dan teammates aku beratur dan dibawa ke sebuah bilik oleh petugas. "Ok, rilek, tarik nafas dalam-dalam. Bertenang. Dah bersedia?"
"Huh. Dah!". Maka kami semua pun disuruh masuk ke dalam bilik tersebut. Dalam bilik tu ada 3 orang ahli panel. Ada sebuah meja makan dengan 8 tempat duduk. Semua menuju ke arah meja makan, namun tiada seorang pun yang duduk. Menanti untuk dipersilakan. Sebelum duduk, salah seorang ahli panel mengambil gambar menggunak smartphonenya. Huhuhu. "Smile, untuk facebook", ahli panel itu berseloroh. Semua tersenyum, sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa gementar. Di atas meja kelihatan sehelai kertas berwarna merah/oren (tak pasti) yang merupakan task yang perlu diselesaikan.
Oh ye, sebelum terlupa, fail yang dipenuhi sijil serta resume, hanya diletakkan di luar bilik. Dalam erti kata lain, 'takde maknanya penat-penat susun semalam!'.
Selepas itu, kami semua diminta duduk. Sedikit sebanyak arahan serta task yang diberi dan masih diingat adalah;
5 minit - briefing oleh ahli panel
40 minit- Discussion/debate
10 minit- Q&A bersama ahli panel (interviewer)
Tugasan : (sinopsis sahaja). Ada sebuah belon udara panas. Dinaiki oleh 8 orang. Belon udara itu menuju ke Putrajaya. Namun, altitud belon udara panas itu semakin menurun. Oleh itu, anda diminta untuk menurunkan 4 penumpang. Setiap seorang hendaklah mewakili seorang individu. Bincang dan selesaikan masalah ini. Anda tidak dibenarkan bertanya apa-apa soalan kepada interviewer.
1. Dato Seri Najib
2. Actress (tak ingat nama)
3. Khairul Fahmi
4. Tony Fernandes
5. Dato Fadzillah Kamsah
6. Tan Sri Zeti
7. Pengarah MARA
8. Dato' Seri Jamal Khir Baharom
Maka anda perlu selesaikan dan membentangkannya kepada interviewer. Oh ye, nama yang disenaraikan tidak mengikut urutan seperti soalan asal.
Anda ingin tahu keputusan yang dicapai oleh saya dan teammates? Nantikan post yang seterusnya kerana abang saya sudah sampai. Minta maaf. :)

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.