tepat jam 12 tengah malam,
berduyun-duyun sms masuk ke dalam telefon bimbitku...
maklumlah,
new year lah katakan...
sedar tidak sedar kita menyambut dengan meriah tahun baru mengikut kalendar cina ini namun tidak sedikit pun menghiraukan tahun baru islam pada 1 muharram itu. 1 muharram yang disambut ketika perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Vietnam sedang berlangsung. ramai yang tak menyedarinya.... ramai yang tidak menyambutnya dengan doa akhir dan awal tahun... masih aku ingat lagi, hanya satu sahaja sms yang masuk menyambut tahun baru islam.. petang 31/12/2009, aku mendapat sms dari temanku yang menuntut di SDAR yang berbunyi " perhatian wahai umat islam: bila tiba 31 Disember, berapa ramaikah yang bersedia untuk menyambut kedatangan tahun baru? tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh al-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-qardhawi dan ulama2 kontemporari bhw menyambut tahun baru bererti menyambut ulangtahun harijadi tuhan yahudi dan kristian. bagi mereka yang tak mengetahui, hukumnya fasiq (dosa besar) namun bagi yang mengetahuinya hukumnya murtad." nauzubillah.... terlalu banyak perkara-perkara yang dismbut dengan begitu meriah oleh orang-orang islam sudah ditiupkan dengan sedikit demi sedikit ajaran kristian.. bertaubatlah wahai teman, kenalan, sahabat dan semua yang membaca.... sebarkanlah...
