Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Friday, 1 January 2010

KelUaRgA dAn SaHabaTku...

Kematian bukanlah suatu yang dapat kita ramal.. Bila ia akan terjadi? Di mana kita akan menghadapinya? Atau apa sahaja soalan mengenainya, terlalu sukar untuk kita menukilkan sebuah jawapan… Tetapi percayalah, bahawa ianya akan tetap hadir dan ia tidak akan pernah terlewat walau sesaat pun…. Percayalah….

Sahabat, tiap-tiap manusia didunia ini tentunya memerlukan seorang insan yang bergelar sahabat namun tidak ramai yang menghargai mereka…..

Hidup dalam keadaan keluarga yang serba kekurangan buatku adalah satu anugerah. Anugerah yang jarang disyukuri oleh ramai orang diluar sana. Mereka selalu mengatakan bahawa kekurangan itu adalah satu bentuk kesusahan bagi mereka. Bagiku, lahir sebagai anak si miskin yang bekerja keras untuk anaknya adalah lebih baik daripada lahir sebagai anak kepada seorang raja. Aku hidup serba sederhana dengan duit belanja sekadar mencukupi untuk aku membeli segelas air suam di kantin sekolah rendahku. Namun itulah yang telah menjadi pembakar semangat buatku untuk terus berusaha mengejar cita-cita. Bersekolah di sebuah sekolah desa yang terletak jauh di pedalaman adalah suatu cabaran buatku, tidak ramai warga desa yang sebijak warga kota. Namun, aku cuba untuk bangun sebagai warga desa yang berjaya. Setelah berusaha bersungguh-sungguh aku berjaya menggapai apa yang aku ingini. Aku berjaya membuktikan pada dunia bahawa warga desa sepertiku juga mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Oleh sebab keputusanku yang cemerlang itu, aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah berasrama penuh yang letaknya beratus-ratus batu dari rumahku. Sebuah sekolah yang tidak mungkin aku lupakan jasanya buat diriku. Sebuah sekolah yang membuat aku mengenali apa maknanya tali persahabatan yang sejati, sebuah sekolah yang telah menggamit pelbagai memori. MRSM Pontian, itulah nama sekolahku. Menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh adalah satu cabaran buatku. Ibu, ayah dan semua ahli keluargaku mendambakan keputusan yang terbaik dalam setiap peperiksaan yang aku lalui. Kadangkala, dapat ku rasa hibanya ibu setiap kali aku mengatakan bahawa aku gagal dalam sesuatu subjek, namun ibu selalu saja menyembunyikan rasa hiba itu nun jauh di dalam lubuk hatinya dan terus menasihati aku. Suasana belajar di mrsm ini amat berbeza buat diriku. Kadangkala ku lihat ramai pelajar yang tidak belajar bersungguh-sungguh sewaktu di dalam kelas namun masih saja meraih kejayaan yang hebat. Kadangkala aku terfikir, mengapa aku tidak menjadi seperti mereka. Aku bergelar pelajar 6th batch unite kerana aku tergolong di kalangan mereka yang masuk pada tahun keenam mrsmku mempertaruhkan khidmatnya. Setelah 3 tahun melalui hiruk-pikuk suasana pembelajaran di sebuah kelas yang bergelar Sheffield, aku kini bakal melalui satu peperiksaan yang sedikit sebanyak bakal mewarnai corak kehidupanku pada masa akan datang. Sepanjang tahun ini juga, aku melalui detik-detik yang ku kira takkan dapat berulang lagi pada masa akan datang. Sepanjang tahun itu aku melalui pelbagai detik hitam bersama ahli 6th batch yang lain. Kami pernah dibenci oleh senior akibat folder untuk penyampaian hadiah, pernah diboikot oleh guru-guru kerana kenakalan kami yang sedang meniti usia remaja dan pernah diselar sebagai batch yang paling teruk dalam sejarah maktab. Namun mujurlah tenaga pengajar kami semuanya bersifat pemaaf walaupun tegas. Walau apa yang kami lakukan, mereka akan tetap mencurah ilmu kepada kami. Yang paling ku ingati hingga kini adalah perwatakan seorang ustaz yang bernama ustaz jawwad yang mendapat julukan ustaz paling tegas di sekolah kami, sanggup mencurah bakti walaupun pada masa itu, beliau baru sahaja menghadapi satu pembedahan yang melibatkan saluran kencingnya. Setiap kali aku terkenang saat itu, pastinya air mataku akan jatuh ke bumi. Pada tahun itu jugalah aku bertemu seorang sahabat yang kukira sahabat sejati dalam hidupku. Irfan Affendi itulah nama sahabatku itu. Dia bukanlah teman sekelas mahupun teman sebilikku tetapi dia adalah sahabat sejatiku. Sewaktu PMR akan menjengah dalam diari hidupku, aku dikejutkan dengan perceraian antara ibu dengan ayah irfan. Malam itu, selesai prep malam dan solat sunat hajat di surau, aku terus menuju ke bilikku. Baru hendak melangkah masuk ke dalam bilik, aku sudah terpandang kelibatnya yang sedia berselubung dengan selimutku yang mendapat julukan Mr. Bean itu. Ku selak selimut itu, ternyata irfan sudah terlena bersama selimutku itu. Tiada apa yang perlu ku hairankan kerana irfan semememangnya kerap merebahkan badannya dikatilku sehingga pukul 4 pagi, kemudian dia akan beredar dari bilikku untuk melakukan qiamulail dan aku akan terus melakukan qiamulail di bilikku. Kadangkala, Irfan akan datang ke bilik untuk mengejutkanku supaya dapat bersama-sama melakukan qiamulail andaikata dia tidak tidur dalam bilikku. Setelah aku pandang wajah irfan yang sedang lena diulit mimpi aku terus menolaknya ketepi sedikit supaya aku mampu untuk tidur di atas katil itu. Setelah LDP menjerit “light off”, bermakna lampu bilik kesemuanya harus dipadamkan. Namun pengecualian diberikan kepada pelajar tingkatan 3 dan 5. Namun pengecualian itu sedikit pun tidak membawa erti kepada aku dan teman sebilikku kerana kami sememangnya gemar tidur lebih awal… Oleh itu, apabila senior menjerit “light off”, lampu bilikku sudah sedia terpadam. Setelah merebahkan badanku di sebelah Irfan yang ku kira sudah terlena, tiba-tiba aku terdengar suara esak tangis Irfan. Ku selak Mr. beanku, ku lihat mata Irfan sedang mengalirkan air jernih persis kristal. Aku terkejut. Beberapa ketika selepas itu, Irfan menceritakan apa yang telah berlaku sehingga membuat dia mengeluarkan air mata seperti ini. Ku kira Irfan adalah seorang yang kuat dan tabah namun ketabahannya itu tidak mampu untuk menutup kesedihan apabila dia mengetahui bahawa ayah dan ibunya telah berpisah. Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata kerana mendengar luahan hati Irfan yang tidak tahu dengan siapa lagi harus dia utarakan masalahnya itu. Setiap kali aku menasihati Irfan, makin banyaklah air mata yang bakal berjijiran keluar dari kelopak matanya. Sedih bercampur hiba. Namun keesokan paginya aku lihat Irfan ke kelas seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku malam tadi. Aku hairan, bagaimana Irfan boleh menjadi sebegitu tabah hinggakan tidak terbawa-bawa perasaan sedihnya ketika ingin menuntut ilmu. Hebat. Irfan memang seorang manusia yang hebat. Hari berganti hari, bulan bertukar bulan, kini tibalah masanya untuk semua pelajar tingkatan 3 mengambil peperiksaan PMR. Ternyata allah sayang amat pada hambanya, peperiksaan yang ku kira penting itu dapat ku lalui dengan mudah berkat doa semua. Perasaan itu turut dikongsi oleh sahabat baikku, Irfan. Setiap kali tamat sesuatu kertas, kami berdua bakal tersenyum lantas berbisik ke telinga masing-masing, “aku dah dapat 1a”. Sebulan setelah tamat menduduki PMR, kami semua mendapat kelepasan untuk pulang lebih awal dari pelajar yang lain untuk menikmati cuti panjang semester ke-2. Dalam keghairahan untuk pulang itu, aku tercicir satu kad yang amat penting dalam hidupku. Kad yang membuktikan bahawa aku adalah anak kelahiran Malaysia. Mujurlah, sahabatku yang bernama Kharizmi terjumpanya lalu menyerahkan kepada Irfan untuk memulangkan semula kepadaku. Seminggu hidup tanpa kad pengenalan di dalam kocek, tiba-tiba muncul selembar surat yang dikirim menggunakan khidmat pos laju, ku buka dengan cermat sampul surat itu. Selesai membuka sampul surat itu aku terpaksa membuka begitu banyak balutan yang membaluti kad pengenalanku itu. Surat itu ternyata dikirim oleh Irfan kerana dapatku lihat tulisan tangannya yang agak comot itu tertera di sehelai kertas yang lainnya iaitu “lain kali kad pengenalan jangan terlupa”. Aku tersenyum dan begitu gembira. Betapa aku harus bersyukur kepada allah kerana dianugerahkan dua orang sahabat seperti ini. Setelah menunggu beratus-ratus ribu jam, kini tibalah masanya untuk aku mendapat keputusan perjuangan antara beberapa titis pena dan kertas itu. Aku pergi ke sekolah dengan berpakaian seperti pelajar yang lainnya, berbaju t-shirt berkolar dan memakai seluar slack hitam. Sesampainya di sana, orang yang pertama aku temui adalah roomateku yang begitu resah menanti pengumuman keputusan perperiksaan itu. Ternyata apa yang didamba oleh ayah, ibu dan semua ahli keluarga tertunai. Aku berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, aku mendapat 8a dalam PMRku. Kharizmi juga memperolehi keputusan yang sama cemerlang denganku, namun keputusan cemerlang itu tidak dapat aku kongsikan dengan Irfan. Ku lihat Irfan duduk di satu sudut tangga dengan linangan air mata, aku lantas memulakan bicara, “kenapa nie Irfan? Kau dapat berapa?” Irfan menjawab dengan menggunakan isyarat jari yang menggambarkan angka tujuh. Aku tersenyum, lantas aku berkata “ok lah tu Irfan, ko still boleh belajar kat sinikan”. Tangisnya sedikit reda, ku sambung lagi bicaraku “mungkin allah nak uji kau, samada kau tabah atau tak”. Habis aku mengutarakan bicaraku, Irfan lantas memelukku, katanya “Safwan, kaulah sahabat yang paling baik yang pernah aku kenal” “terima kasih safwan”. Aku tersenyum tanpa sebarang kata……

Setelah pelbagai peristiwa yang aku lalui, tingkatan 1 yang penuh dengan tangisan kerana saat itu masih terkenang akan rumah, tingkatan 2 yang penuh dengan keceriaan serta kebahagiaan kerana tidak ada apa yang perlu aku risaukan saat itu, tingkatan 3 yang penuh dengan cabaran, dugaan serta keazaman. Kini aku tiba sebagai seorang pelajar menengah atas. Zaman pembelajaran yang lebih aku takuti dek kerana subjeknya yang cukup mencabar minda. Aku titipkan semangat seorang anak miskin ini ke dalam hatiku supaya aku bisa berjaya seperti manusia yang lain dalam SPMku. Aku belajar dengan bersungguh-sungguh sewaktu aku berada di tingkatan 4. Tiada tahun honeymoon buatku walau aku telah bergelar pelajar cemerlang PMR. Aku belajar lebih kuat dan hebat dari dulu. Rutin ibadatku tetap aku jaga kerana aku tidak mahu kejayaan itu hanyalah kejayaan istidradj yang sia-sia. Sedar tidak sedar, kini aku telah pun bergelar pelajar tingkatan 5. Tingkatan yang paling aku takuti kerana peperiksaan ini bakal mempengaruhi masa depanku. Otakku bagaikan ‘cramp’ akibat belajar yang teramat kuat. Mujurlah disisiku sentiasa ada yang menenangkan hati, Ifran, Kharizmi dan ramai lagi temanku yang sedia membantu jika aku buntu. Aku belajar, belajar dan terus belajar. Bukan sahaja aku malahan teman-temanku yang lain juga sibuk mengulangkaji pelajaran demi mencorakkan masa depan yang lebih bererti. Hinggalah tiba satu hari yang ku kira hari paling menyayat hati di dalam episod hidupku. Sebulan menjelang SPM, tiba-tiba namaku dipanggil menggunakan alat pembesar suara di maktabku, “perhatian kepada Haziq Safwan, sila hadirkan diri ke hadapan pejabat kerana keluarga anda sedang menunggu”. Aku langsung tergamam. Hatiku tidak lepas dari berzikir ke hadrat illahi memohon supaya tiada apa yang berlaku ke atas setiap dari ahli keluargaku. Sesampainya aku di hadapan pejabat, aku terlihat wajah Pak Cik Bongsuku yang lebih mesra dengan panggilan Curan. Ku pergi kepadanya, ku jabat erat tangannya dan aku terus dipeluknya. Hairan bercampur pelik. Aku disuruh oleh Curan supaya masuk ke dalam keretanya. Aku sekadar menuruti apa yang disuruh oleh Curan. Curan terus memandu laju Toyota Avanza miliknya, aku tahu jalan yang dilalui oleh Curan seperti ingin membawa aku ke rumahku yang terletak di negeri indera kayangan. Sepanjang perjalanan aku diam seribu bahasa. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hampir 10 jam kini hanya 7 jam. Aku hairan mengapa terlampau banyak kereta yang tersusun di luar rumahku. Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah papan milikku. Ku lihat ada 3 jenazah yang sudah sedia dikafankan. Alangkah terkejutnya aku. Insan-insan yang paling aku sayang pergi serentak. Ibu, ayah dan adik bongsuku. Hatiku persis kristal yang pecah. Bibirku tidak mampu mengungkap sebarang kata dek kerana teralu hiba dan sedihnya. Aku cium dahi ibu yang telah melahirkanku. Aku kucup pipi ayah yang telah membanting tulang bekerja untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Aku cium dahi adik yang telah memberi banyak sinar dalam hidupku. Tidakku sangka ibu, ayah dan adik akan meninggalkan aku selama-lamanya serentak. Aku menangis sewaktu mengangkat jenazah ketiga-tiga mereka. Hati siapa yang tidak merintih andai insan yang telah melahirkanmu, insan yang telah menyaramu serta insan yang pernah membahagiakanku dengan keletah manjanya pergi serentak. Air mata darah pun kini tidak ada gunanya. Ayah, ibu dan adik tetap tidak akan kembali. Aku kembali ke maktabku dengan hati yang penuh sayu. Aku melangkah masuk ke asrama Saidina Abu Bakar dengan hati yang sedang meronta-ronta. Malam itu, seperti biasa Irfan datang ke bilikku, Irfan memulakan bicara setelah kata-kata keramat ‘light off’ dijerit oleh para senior. “ kenapa hari tu, kau tiba-tiba je balik wan?”. Bibirku tidak mampu mengungkap kata, lidahku seperti kekejangan, hanya air mata yang bisa menjawab segalanya. Sepanjang malam aku luahkan isi hatiku kepada Irfan. Kini hanya Irfanlah orang yang mampu aku berkongsi segala cerita, mengadu dan apa sahaja kerana ibu yang selalu mendengar aku berceloteh telah meninggalkan aku. Irfan menenangkanku dengan susunan kata-katanya yang cukup bermakna. Hatiku sedikit terubat mendengar apa yang diperkatakan oleh Irfan. Hari meniti hari. Hari ini genaplah sebulan, hari yang penuh dugaan itu meninggalkanku dan hari ini jugalah penentu masa depanku akan menjengah masuk ke dalm diari hidupku. Masih tidak dapat aku lupa wajah ayah, ibu dan adik yang meninggal akibat kemalangan jalan raya sewaktu hendak ke pasar. Pagi itu aku berdoa dalam qiamulailku supaya hatiku dikuatkan dan tenang untuk menjalani dugaan ini. Peperiksaan SPMku berlangsung dengan penuh ketenangan. Namun ketenangan itu kadangkala diganggu oleh perasaan hiba yang letaknya jauh di sudut hati ini. Hati yang tak mungkin bisa melupakan kejadian itu. Mujur teman-temanku sentiasa berada di sisi. Irfan, Kharizmi dan beberapa orang lagi rakan wanita yang selalu sahaja menenangkan hatiku seperti Izzah, Amira Liyana, Ellia, Ana dan ramai lagi. Alhamdulillah berkat rahmat dari Allah aku memperolehi keputusan yang tidak kurang hebatnya, aku memperoleh 9 A1 dan 1 A2. Walau tak sehebat Irfan dan Kharizmi yang berjaya memperolehi straight A1, aku tetap bersyukur dengan keputusan ini. Beberapa bulan selepas keputusan diumumkan aku, Kharizmi serta Irfan berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama. Aku tersenyum gembira. Manakan tidak 2 sahabat baikku bakal melanjutkan pelajaran bersamaku. Kami akan melanjutkan pelajaran ke Ireland dalm bidang kedoktoran, cuma cabangnya yang berlainan. Aku memilih untuk menjadi Pakar Psikiatri manakal Irfan dan Kharizmi memilih untuk menjadi Pakar Sakit Tuan. Sebelum berlepas ke Ireland kami perlu mengikuti kursus di Malaysia selama 1 tahun. Pelbagai pahit manis ku tempuh bersama 2 sahabatku ini hinggalah pada suatu hari. Hari kedua terburuk dalam diari kehidupanku. Aku terpaksa kehilangaan seorang lagi tempat aku berkongsi suka dan duka. Irfan Affendi meninggalkan aku dan Kharizmi di bumi Ireland. Irfan meninggal dunia akibat barah otak yang dialaminya sejak dulu lagi. Namu dia tidak pernah memberitahuku tentang penyakitnya itu. Hari Irfan meninggalkan dunia adalah sama tarikhnya dengan tarikh 3 insan tercinta dalam hidupku pergi. Hari di mana genapnya ibu, ayah dan adik meniggalkanku, kini Irfan telah pergi pada tarikh yang sama. 28 Oktober, satu tarikh keramat bagiku. Satu tarikh yang menggamit terlampau banyak kisah sedih dalam hidupku. Aku meronta saat itu. Perasaan sedih dan hiba sudah menyelubungi hati. Insan yang pernah tidur sekatil denganku kini pergi meninggalkanu tanpa sebarang pesanan. 2 hari selepas Irfan meninggal dunia dan jenazahnya dikirimkan ke Malaysia. Aku dan Kharizmi mengemas segala barang Irfan untuk dihantar kembali kepada keluarganya di Malaysia. Sewaktu mengemas barang-barang Irfan, terjatuh selembar sampul surat yang tertera ‘bukalah wahai sahabatku, Haziq Safwan dan Kharizmi’. Aku buka surat itu di depan Kharizmi, penuh cermat dan teliti. Apabila ku buka surat itu, ternyata surat itu penuh dengan koleksi gambar Irfan sewaktu dia kecil dan yang paling menyayat hati adalah gambar-gambar Irfan ketika menjalankan kimoterapi sewaktu berada di Malaysia. Selesai aku lihat satu per satu koleksi gambar irfan itu, aku membaca surat Irfan,
Assalamualaikum buat sahabat yang selalu memahami hati ini,
Sebenarnya aku dah lama tahu tentang penyakitku ini namun sengaja aku rahsiakan dari pengetahuan kamu berdua kerana aku bimbang kamu akan terlampau risau tentang diriku. Maafkan aku wan, aku tidak mampu menunaikan janjiku untuk berkongsi segala masalahku denganmu kerana bibirku tak mampu menyusun kata untuk memberitahu kepada engkau bahawa aku menghidapi penyakit ini. Maafkan aku ya, wan, Kharizmi andai aku pernah mencoret garis-garis luka di hati kamu berdua. Hanya satu perkara yang aku ingin kamu ketahui, kamu adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa dan kenal sepanjang hidupku dan hanya satu pintaku supaya kamu tidak melupakanku.
Salam sayang dari sahabatmu,
Irfan affendi.

Hati mana yang tidak sedih, mata mana yang tidak menangis, bibir mana lagikah yang mampu mengungkap sebarang kata. Aku sedih kerana telah kehilangan seorang sahabat seperti Irfan yang aku tahu, tidak mungkin akan aku temukan lagi di dunia sahabat sepertinya.rizmi andai aku pernah mencoret garis-garis luka di hati kamu berdua. ya, wan dan Kharizmiirku tak mampu menyusun kata unt

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press