Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Tuesday, 16 November 2010

PeLik tAk ApbiLa 2=5 but 5≠2 agama kita tetAp dIHIna





















wahai saudara-saudaraku, tidak pelikkah kamu apabila equation seperti di atas digambarkan dengan kehidupan kita ataupun secara jelasnya kehidupan kita umat islam? andai equation ini dicipta dalam subjek matematik tambahan atau fizik mahupun kimia mungkin boleh diterima, tetapi.........


equation ini sememangnya telah berlaku dan sedang terus dipraktikkan oleh si pembenci tegar agama yang suci ini...mungkin masih ada yang belum memahami apakah kaitannya equation ini dengan apa yang telah berlaku kini...

begini sebenarnya:
apabila islam menyerang serta mempertahankan negara mereka (cth: palestin dan iraq), terus keluar satu kenyataan di akhbar2 di bahagian barat 'slam is a terrorist religion'. islam adalah agama yang benar2mengajak serta mengajar keganasan namun apabila israel menyerang kapal mavi marmara yang berada di PERAIRAN ANTARABANGSA, itu adalah atas alasan mempertahankan negara mereka kerana kapal itu disyaki membawa senjata atau alatan yang tajam yang sebenarnya hanyalah pensel sahaja...

tak pelikkah kita equation ini masih terus dipraktikkan?
bagiku tidak...kerana

segala-galanya adalah milik mereka...
dari ekonomi serta perniagaan yang sekecil-kecil warung serta gerai pun menggunakan produk yang dipasaran oleh mereka hinggalah ke kedai-kedai serta restoran-restoran terkenal dan ternama sekalipun menggunakan produk milik mereka...
segala peraturan dan undang-undang juga adalah di bawah penguasaan mereka bukan? jika tidak, mengapa ISRAEL TIDAK DIAMBIL TINDAKAN OLEH PBB atau apa2 badan yang konon2 membela nasib negara-negara lain... dan kenyataan mereka iaitu MELINDUNGI serta MEMPERTAHANKAN tanah yang dicerobohi mereka itu terus diambil dan kini badan penyiasatan ditubuhkan untuk meninjau bagaimana keadaan berikut boleh berlaku namun masalahnya badan itu dianggotai oleh rakyat mereka sendiri dan hanya 2 orang warga turki...wujudkah ketelusan disitu? bukankah sudah jelas badan yang mereka tubuhkan itu hanyalah untuk menutup serta menjaga dan MEMULIHARA nama mereka....

kemudian,
apabila islam mengatakan serta menegur MISS WORLD PERTAMA DUNIA kerana menyertai pertandingan itu terus keluar pernyataan bahawa islam adalah agama yang berat sebelah dan agama yang suka menindas hak-hak kaum wanita kerana tidak membenarkan mereka membuka aurat...

masalahnya, bukankah itu adalah hukum syarie serta undang-undang islam yang tidak wajar mereka persoalkan?masalahnya....

kita tak mampu menentang mereka lagi kerana mereka terlalu berkuasa dan setakat demonstrasi-demonstrasi jalanan dari umat islam langsung tidak memberi kesan kepada mereka...kenapa???
kerana, bukankah selepas tamatnya demonstrasi jalanan itu mereka tetap MENGHIRUP SEGELAS AIR COKE DAN 100 PLUS, bukankah mereka tetap menggunakan BEDAK BABY JOHNSON'S, dan bukankah mereka tetap memenuhkan perut mereka dengan SATU SET HIDANGAN BIG MAC oleh MACDONALD??itulah sebabnya demonstrasi mereka dan kita tetap tidak diendahkan...

selepas itu,
apabila pemakaian hijjab serta perbuatan mendirikan masjid itu dikatakan pencabulan hak asasi serta satu bentuk ancaman dan ketidak adilan kepada agama lain...

masalahnya,
bukankah di Malaysia sendiri wujudnya rumah-rumah ibadat agama lain serta tatacara pemakaian dari agama lain tidak pernah kita persoalkan??masalahnya...

kita tak mampu untuk campur tangan dengan undang-undang negara mereka kerana undang-undang antarabangsa sekalipun ditetapkan oleh mereka, bagaimana kita mampu mengawal serta memberi idea dalam penggubalan undang-undang di negara mereka?? dan lagi satu....ketika mereka memprotes pemakaian hijjab di negara mereka, kita kembali memprotes dasar mereka yang benar-benar tidak logik itu masalahnya...
di negara kita sendiri majoriti wanita sudahpun berpakaian seperti mereka yang beragama kafir itu dan betapa tidak relevan apabila kita hendak memprotes mereka....fikirkanlah...

equatian ini akan terus dan tetap menerajui dunia kita..
bagaimanakah kita bakal hidup sebagai seorang yang beragama islam??
bakalkah kita terus terindas?
bakalkah kita terus merana?

sedarlah!!!
bangkitlah!!!
agama kita sedang terhina!!!!
oleh mereka yang durjana!!!
tapi mengapa kita masih terlena????

bangunlah!!!!

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press