assalamualaikum, ku kira hari ini peluang aku untuk berbicara sungguh kecil.
aku lebih banyak membisu dari berbahas perkara-perkara dunia..
aku tidak tahu mengapa dan kenapa, namun kini...aku bagaikan sendiri..
sunyi...sepi...kekosongan tanpa teman yang seiringan...
arh!sakit itu dan ini...
sehingga aku merasakan bahawa dunia pada hari ini sungguh sangat asing bagidiriku..
aku pelik..
aku mencari di mana sarkastiknya bahasa yang aku lemparkan..
mungkinkah dalam gurauan yang disalah tafsirkan?
atau mungkin dai nasihat yang disalah ertikan?
hai manusia,
mengapa engkau masih tidak mengerti...
sarkastikku sentiasa berlapis,
sinisku sudah ku fikir,
namun mengapa engkau tidak mahu menerima aku walau sedikit?
mengapa tiada ruang penjelasan yang engkau luakkan padaku walau secubit,
apakah sinisku sehingga membunuh segala kebaikanku?
apakah sarkastikku mematikan segala jasaku?
sewenang-wenangnya engkau menuduh aku tidak menghargai..
sedangkan aku yang menjerit terlolong..
bagai yang 'siuman' di tanjung rambutan..
meminta bantuan buat dirimu...
betapa sarkastiknya ayatmu telah mematikan segala bicaraku..
sehingga aku tiada kuasa untuk mencanting serta merembis sedikit kata2,
demi memperbetulkan kesalahan sesiapa...
apa engkau kira engkau cukup hebat?
apa engkau kira engkau cukup penat?
sedarlah wahai teman, aku memikul 3 jawatan yang melibatkan amanah yang cukup besar..
mengapa engkau tidak pernah mahu mengerti?
kadangkala sarkastikku terhadapmu,
mungkin terbias dari emosi dari tanggungjawab yang aku larikan sebentar..
tetapi,
mengapa tiada yang mahu peduli tentang dirku?
andai bahasaku terlampau sarkastik,
mengapa engkau tidak pernah memberi secarik peluan g untukku mengukir untaian bicara, berkongsi rasa pahit yang tersimpan dalam hati!
berkongsi segala derita dicaci dan dimarahi...
tapi engkau masih tetap berdiri di situ..
teguh..
tanpa ada peluang yang engkau sua padaku...
bijaknya dirimu kerana menghukumku...
bijaknya dirimu kerana menyedarkan aku...
kerana dalam kehidupan ini,
senantiasa dan sentiasa aku jua yang bakal dan terus dipersalahkan...

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.