Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Monday, 15 November 2010

tUkaR nAma..tUkaR wAjaH..sEbeNarNyA maSiH saMa



fiorello itu diadaptasi dari nama itali yang bermaksud bunga yang kecil. setelah meneliti beratus-ratus ribu gambar di google dan flickr, akhirnya hatiku tertambat dengan gambar bunga ini. mungkin bunga ini secantik apa yang hendak aku khabarkan. sedamai apa yang ingin aku sampaikan. senyaman apa yang aku beritakan..namun, si kecil ini mudah menjadi mangsa kerakusan dunia dan kedurjanaan manusia..merobek setiap apa yang dihalusinasi jiwa, hingga harapan yang mampu membawa kedamaian dikata keganasan.. dunia selalunya tidak adil, kerana di dalamnya terkandung berjuta-juta manusia yang penuh dengan daki-daki dengki sehingga membawa kepada perpecahan sehingga robeknya institusi kesopanan timur yang disanjung tinggi. sedarilah wahai anak bangsaku, sedarilah wahai anak watanku, sedarilah wahai saudara-saudara yang seagama denganku.. kiamat menghitung hari untuk meratakan bumi sedangkan kita masih sibuk menghitung hari untuk mengikuti konsert bertemakan ''amal islami''..kita sebenarnya terlalu leka merencana, sehingga dikencing dengan fitnah dan dosa yang berselindung cantik antara celahan kata islami itu..sedarlah wahai bangsaku.bangkitlah!dunia islam perlukan salahuddin al-ayubbi yang baru, khalid al-walid edisi kini dan saidina umar generasi ke 21.. kalau bukan kita.. siapa lagi?

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press