Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang olehNYA yang Maha Kuasa untuk terus meluahkan beberapa idea untuk sama-sama dikongsi antara kita.
Selepas membaca novel Diari Mat Despatch 2, tergerak hati saya untuk mendalami Bahasa Melayu Tinggi atau Bahasa Melayu Standard. sungguh, novel itu banyak penginterpretasian idea yang dibawa dalam kaedah yang bersahaja, namun mampu memberikan impak yang tersendiri kepada individu yang membacanya. Oleh itu, mulai sekarang saya akan cuba mendalami dan mencari apakah itu BMT sebenarnya. Bukan apa, kita sibuk mengikut arus putaran dunia, sehingga sastera yang menjadi jiwa kita hilang entah ke mana.
Teringat pula pesanan Ridhuan Tee Abdullah sewaktu IYF yang baru sahaja berlalu beberapa hari yang lepas, "kita perlu sedar diri". Ringkas, namun kata-kata yang diluahkan olehnya cukup bermakna dan penuh dengan maksud tersirat dan tersurat. Beliau sebenarnya merupakan antara idola yang menjadi inspirasi saya untuk terus memangkin kata dan meluahkan idea jiwa.
Terlupa pula saya! Saya baru saja menukar nama laman web saya menjadi ideajiwa.blogspot.com. Menarik atau tidak itu bukan persoalannya. Cuma saya mengharapkan dapat memberi sesuatu manfaat kepada individu lain yang turut bermusaffir di bumi Illahi ini.
Sebagai penutup kalam bicara pada hari ini, saya ingin menyeru kepada sesiapa yang lebih professional dalam bidang kesuasteraan ini supaya dapat sama-sama berkongsi ilmu mengenai BMT atau Bahasa Melayu Tinggi.
-sekian-

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.