Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Saturday, 11 June 2011

di mana?



Mana benar?
Mana sejati?
Mana setia?
Mana waras?
Mana berbahasa?
Mana hormat?
Mana kasih?
Mana cinta?
Mana diri?
Mana melayu?
Mana islam?
Mengapa berbalah?
Mengapa bersengketa?
Mengapa menuduh?
Mengapa menggila?
Mengapa benci?
Mengapa berbunuh?
Mengapa kita?

Dimana-mana aku mencari, 
Mengapa aku mencari ke banyak lokasi?
Bukankah ia terletak di hati?
Hati itu tidak ku temui,
Hati yang cukup dalam sedang,
Hati yang bersyukur dengan sedikit,
Hati yang memberi dalam mewah,
Hilangkah sudah hati itu?

Aku masih mencari di kalangan pemimpin sebangsa denganku,
Aku mencari dalam kalangan penegak agama yang suci,
Sama ada yang merencana KLCC,
Mahupun yang memajukan petani,
Ataupun yang menye'pakat'kan rakyat...

Semoga pemimpinku mempunyai hati nurani...
yang bersyukur dengan sedikit,
bercukup dalam senang,
bermurah dalam mewah..
dan berjuang kerana nusa serta agama yang tercinta.


Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press