Assalamualaikum,
Dalam kesempatan yang masih bersisa,
aku hadir menitiskan tinta,
biar tidak difahami manusia,
biar dibalut dengan tawa,
perihal duka bukan calangnya,
perihal derita bukan kisahnya,
kisah ini lebih aneh,
perihal ini lebih perit,
meski mulut menggarit senyum,
meski tawa masih disua,
kekacauan hati ini bukan calangnya...
Ramadhan bulan menginsafi,
ramadhan bulan mentarbiah diri,
ramadhan membawa keampunan Illahi,
ya tuhan,
selamatkan diri ini,
selamatkanlah keluargaku,
selamatkan sahabat dan temanku,
selamatkan semua yang aku sayangi
dari menjadi fitnah duniawi,
kerana hanya engkau yang memegang hati kami...

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.