Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Sunday, 26 February 2012

Saya Ada Kawan. Dia bakal dibedah.



Saya ada kawan.
Dia bakal buat pembedahan.
Saya pohon semua yang membaca doakan.
Semoga segala perjalanan yang bakal ditempuhi dipermudahkan tuhan.

Kawan saya.
Namanya Nasrul Izzati bin Zahari.
Popular kerana kekreatifannya dalam pelbagai perkara.
Seorang yang komited dalam setiap kerja dan amanah yang diberi.
Seorang yang peramah.
Seorang yang ceria di luar, namun, memendam 1001 rahsia di dalam hatinya.

Kawan saya.
Seorang yang berdedikasi dan pemurah.
Selalu memaafkan.
Selalu menyenangkan.

Kawan saya.
Hari ini saya tahu dia susah.
Sebenarnya dia telah susah berbulan yang lampau.
Namun, dia sembunyikan.
Kerana dia tidak mahu ada yang simpati.

Kawan saya.
Hari ini dia sukar.
Dia tak minta saya siarkan.
Hanya saya seorang yang hendak beritakan.
Agar kawan saya, didoakan oleh anda semua.
Walaupun anda bukanlah kawan dia.

Kawan saya.
Hari ini dia diberi ujian.
Kita sama-sama doakan.
Manalah tahu hari esok saat kita diberi dugaan.
Ada kawan kita yang lain  yang bakal doakan.

Kerna kawan.
Bukan sekadar peneman kala kesenangan.
Malah, pendamping tika kesusahan.

Semoga Nasrul Izzati bin Zahari dipermudahkan urusan pembedahannya. Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi mendoakan.

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press