Assalamualaikum.
Puisi ini saya tujukan khas buat kita-kita yang lahir pada tahun bersejarah 1994.Buat kita-kita yang sedang setia menanti keputusan SPM.
Buat kita-kita yang tidak putus memanjat doa ke hadrat Illahi.
Semoga ada tangisan gembira nanti.
Semoga ada tangisan gembira nanti.
Berdiri kita di suatu sudut ilmu
Menjunjung amanah
Memikul tanggungjawab
Membina harap
Menyemai benih ilmu
Kita
Pernah ada di situ
Melalui peritnya menjunjung amanah
Melalui sukarnya memikul tanggungjawab
Melalui liku pembinaan harap
Melalui sukarnya menyemai benih ilmu di dataran jiwa tandus
Kita
Pernah berdiri di situ
Di suatu ruang sudut ilmu
Belajar tidak terhad setakat ilmu buku
Belajar kita merangkumi segala cabang ilmu
Namun, kita masih kekal
Berdiri teguh walau terjahan badai menerkan menimpa
Kita
Kita
Menutup perjalanan di situ
Dengan pertempuran ilmu buku
Dengan bersenjatakan pena dan lembaran manuskrip biasa
Setelah kita tempuh segala
Ranjau dan badai
Onar dan taufan
Setelah berpurnama lamanya menanti
Keputusan itu bakal terhebah
Apa jua yang kita harap
Apa jua yang kita nanti
Apa jua yang kita doa
Bersyukurlah dengan apa yang bakal kita kecapi
Hikmah Allah itu luas
Sedangkan pemikiran kita terbatas
Hikmah Allah itu luas
Sedangkan pemikiran kita terbatas
Sekian.
Semoga kita senantiasa bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan. :)
Kadangkala kita berdoa, maka Allah makbulkan, maka itu tanda rahmat Allah yang melimpah walau setelah kita melakukan pelbagai dosa.
Kadangkala kita berdoa, namun Allah tidak makbulkan, maka betapa kita seharusnya gembira kerana Allah sedang menyimpankan sesuatu yang lebih baik buat kita :)

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.