Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman.
Hari ini saya membangkitkan satu alkisah yang saya rasa sudah biasa kita dengar pada hari ini. Tentang keburukan dan manfaat media sosial di internet. Hm.
facebook. parasit atau pemangkin kejayaan kita?
Pembaca yang saya hormati, suka untuk saya ingatkan bahawa tulisan disini adalah sekadar pandangan peribadi saya semata-mata, tiada kena mengena dengan insan lain.
Bagi saya, facebook itu menjadi parasit bagi mereka-mereka yang melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dengannya. Malahan, ada sesetengah daripada kita yang menjadikan facebok sebagai satu wadah untuk menambah dosa, tanpa sedar atau dengan sedar. Malangnya mereka ini tidak mahu disedarkan. Bagi orang-orang yang seperti ini saya kira facebook telah menjadi parasit bagi kehidupannya. Sungguh malang bagi mereka.
Contoh?
*Insan yang meletakkan gambar tidak menutup aurat.
*Insan yang menjadikan facebook sebagai satu tempat untuk berhibur semata-mata.
*Insan yang tidak memanfaatkan facebook dengan sepatutnya.
Terdapay juga segelintir daripada mereka yang menjadikan facebook sebagai satu pemangkin untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Mereka menggunakan facebook untuk berniaga dan memanfaatkan hampir kesulurahn aplikasi facebook yang berguna untuk mereka dan masyarakat. Tidak kurang juga pendakwah-pendakwah kontemporari yang menyampaikan dakwah dalam suasana yang santai di facebook.
Makanya, facebook itu boleh menjadi pemangkin atau parasit dalam kejayaan hidup kita. Maka kita tergolong dalam insan yang bagaimana? ^^,
Renung-renungkan dan selamat menyebarkan. :)

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.