Assalamualaikum serta salam sejahtera semuanya.
Baru-baru ini masyarakat malaysia digemparkan dengan berita perkahwinan mempelai muda yang berumur 16 dan 14 tahun ini. Bergema ke seluruh ruang sosial!
Ada yang memberikan komen negatif, tidak kurang juga yang memberikan respon positif dan bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh mempelai ini. Pandangan saya, Alhamdulillah, mereka berdua ini telah mampu melangsungkan perkahwinan dan melalui proses percintaan yang halal di sisi agama. Yang berceloteh ni pula bagaimana? ^^,
Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Ada juga yang kurang bersetuju atas faktor kewangan yang masih belum stabil. Bagi saya, rezeki itu kan datang daripada Allah. Jika Syafiq ini berusaha untuk mencari rezeki yang halal, mana mungkin Allah tidak berikan rezeki kepadanya. Dan adakah kita cukup yakin bahawa insan yang berkahwin di usia 20-an dan 30-an mampu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga mereka? Renung semula.
Seksyen 8 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 menyatakan bahawa tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis .
Sudah pasti hakim yang meluluskan permohonan ini telah membuat penyiasatan dan temuduga untuk mengetahui kemampuan mereka untuk berkahwin. Kita tak kenal pasangan ini, kita hanya melihat angka umur mereka untuk terus membuat penilaian. Bolehkah? Adilkah kita?
Begitulah, apa jua pandangan dan penilaian kita, kita perlu sedar bahawa kita ini hamba bukan pencipta. Pengetahuan kita terhad dan terarah kepada apa yang mampu dicapai oleh akal kita sahaja.
Sedang kita mengatur, dan DIA mengatur. AturanNya tentu lebih sempurna.
Maka, marilah kita sama-sama mendoakan agar pasangan mempelai ini bahagia bukan sahaja ke anak cucu. Tapi seumur hidup mereka. Insyaallah. ^^,

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.