Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Friday, 30 March 2012

POLITIK? SEKADAR PANDANGAN SAYA.


Jan 18, 2010- Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.                       -sumberhttp://www.malaysiakini.com/news/122194-
Assalamualaikum semua pembaca budiman. Melihat kepada fakta di atas, mungkin sudah ada bebeapa perubahan dari segi bilang kira manusia yang mendaftar sebagai pengundi. Mungkin sudah meningkat, mungkin juga semakin menurun. Hakikatnya, fakta ini masih realistik sebagai satu kayu ukur dan penanda aras betapa ramainya manusia yang layak mengundi di Malaysia namun tidak mendaftar sebagai pengundi. Persoalannya mengapa?

Sekadar pandangan saya yang ilmunya masih di tahap asas. Pandangannya masih belum meluas. Pengalamannya baru mengenal dunia. Jika ada silap pohon anda perbetul. Jika hendak menegur, biar beradab jangan biadab.

Maka saya mulakan pandangan saya daripada beberapa sudut yang terhad. Kerana ini hanya melalui sudut pandang saya.

1) Kesemua parti ingin menjadi yang betul.
Ini adalah masalah yang saya lihat tercetus dalam suasana politik di Malaysia kini. Si kerajaan sibuk dengan manifesto kehebatan mereka memegang tampuk pemerintahan sehingga menidakkan segala kemampuan serta manifesto pembangkang. Si pembangkang juga tidak kurang sibuk memperkatakan keburukan pihak kerajaan seolah-olah segala apa yang direncanakan oleh kerajaan adalah tidak betul sama sekali.

2) Pengikut yang terlampau fanatik.
Ini juga adalah salah satu masalah yang saya lihat wujud dalam kalangan penyokong-penyokong parti politik. Agak menyedihkan. Agak mengecewakan. Disebabkan kefanatikan mereka yang melampau, maka mereka memaksa setiap masyarakat yang berada dekat dengan mereka menerima idea serta pandangan mereka. Jika ada antara mereka yang tidak memberi respon yang diingini maka mereka bakal memberi gelaran barua BN, cacai PR. Aduhai. Mereka tidak dapat menyampaikan pandangan mereka secara berhemah.

3) Kutuk-mengutuk.
Oh. Ini merupakan satu perkara yang kita boleh pandang biasa dalam situasi politik Malaysia yang haru-biru sekarang ini. Apabila parti ini membuat ceramah, maka terhamburlah segala kutuk, maki dan caci terhadap parti lawan. Yang lebih menyedihkan, yang mengutuk itu sendiri adalah orang melayu, islam, yang ceramahnya itu dimulakan dengan tadahan doa meminta barakah dan rahmah daripada Illahi, namun isinya? Aduhai. Mengecewakan.

4) Tuduh-menuduh.
Semua parti ingin kelihatan suci daripada melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan. Maka mereka membangkitkan sesuatu isu untuk melarikan pandangan insan lain erhadap cela yang terdapat dalam parti mereka. Bagaimana? Dengan menuduh parti lawan. Seakan-akan, hanya parti lawan sahaja merupakan punca segala permasalahan dan parti mereka, suci daripada sebarang kesilpan.

5) Penyokong yang terlampau yakin dan merasakan hanya diri mereka yang betul.
Pernyataan ini dapat kita lihat apabila kita berborak dengan pengikut yang agak fanatik terhadap sesuatu parti. Mereka hanya merasakan diri mereka betul dan senantiasa benar. Mereka menghamburkan pelbagi kata-kata terhadap penyokong parti lawan. Parti ini disokong oleh mak cik serta pak cik yang berada di pedalaman yang tidak mempunyai capaian internet yang mengandungi berita-berita yang benar dan tepat. Pabila kita bertanya bagaimana anda pasti yang maklumat daripada internet ini tidak dimanipulasi, maka mereka akan menganggap kita yang bertanya ini sebagai barua parti yang tidak disokong mereka. Begitulah mereka, siapa jua yang tidak sealiran dengan mereka adalah barua!

Nasihat saya, berpada-padalah. Sama ada yang memegang jawatan dalam perti atau yang menjadipenyokong setia parti. Islam itu suka yang sederhana bukan?

Maka di situlah sedikit sebanyak apa pandangan serta coretan saya sekadar yang mentah ini. Masih bertatih melihat dunia. Terkadang jatuh jua ketika mengembara. Jika pendapat anda tidak sama dengan saya, maka tidak mengapa. Kerana akal kita juga bukanlah serupa, saya tidak sempurna begiu juga anda. Entri ini adalah umum, tidak melibatkan sesiapa.

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press