Announcement:

Bagaimana puasa anda hari ini?

Wednesday, 11 April 2012

MENGAPA 'SOFTWARE ENGINEERING'?


Assalamualaikum semua pembaca budiman. Sebenarnya entri ini telah lama dirancang untuk dihasilkan namun disebabkan beberapa kekangan saya memilih untuk menangguhkan hasrat saya. Sehinggalah ke hari ini.

Sebenarnya saya berasa amat tidak adil untuk ridak saya kongsikan apa yang saya fikirkan bersama anda semua dalam menentukan jurusan apa yang saya ingin ambil. Ya benar, saya juga muda, mentah seperti anda, malahan berjuta lagi belia yang lebih hebat daripada saya. Namun, apalah salahnya jika saya berkongsi idea tentang pemikiran saya.

Pertama-tamanya, saya adalah Amirul Aslam. Bekas pelajar MRSM Pontian dan juga MRSM Taiping. Alhamdulillah berjaya mendapat 3A+, 2A, 3A- dan 1B+. Merancang untuk meneruskan pengajian dalam bidang software engineering.

Mengapa software engineering?
Saya memilih untuk mengambil bidang software engineering dalam cabang computer science adalah untuk kelangsungan masa depan saya. Jika dilihat daripada sisi pandang kebanyakan daripada kita pastinya melihat pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ini adalah seorang yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam SPM. Tidak kurang juga yang memperlekehkan bidang ini dan melihat terlalu ramai lambakan lepasan siswazah dalam jurusan ini. Begitu sempitnya pemikiran sesetengah daripada kita. Saya beritahu anda mengapa saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan ini :

1) Saya secara terus terangnya menyimpan harap untuk tidak berkerja di bwah orang selepas graduasi sebagai siswazah nanti. Saya ingin memiliki perniagaan saya sendiri. Apa kaitannya?

2) Kaitannya adalah apabila saya memiliki perniagaan sendiri nanti sekitar tahun 2016 mungkin, sudah tentu pada zaman itu teknologi maklumat mempunyai kuasa yang hebat. Pelbagai perisian perlu saya bina untuk memantapkan kedudukan perniagaan saya. Aplikasi di itunes, android, membuat laman web, shopping cart dan macam-macam lagi.

3) Saya juga boleh melakukan perniagaan sewaktu sedang belajar. Saya merupakan pengedar herbalife. Maka sudah tentu sewaktu di universiti nanti saya akan teruskan, namun, perniagaan yang saya maksudkan di sini adalah berdasarkan kemahiran yang saya pelajari. Mungkin ketika berada di tahun ke-2 pembelajaran saya sudah boleh mengambil upah untuk membina website ataupun membina aplikasi untuk syarikat atau individu yang ingin mendapatkan khidmat pada harga yang mampu.

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yan saya ingin jelaskan. Institusi itu popular ataupun tidak bukanlah sesuatu yang menjadi masalah. Asalkan jurusan yang kita ambil di universiti itu diiktiraf, maka sudah cukup. Biarlah tidak terkenal. Asalkan kita berjaya di penghujungnya nanti. Berjaya itu makasud saya tidak terhad pada kecemerlangan sahaja, maksud saya berjaya terhadap apa yang kita mahu capai.

Sebenarnya ini semua bergantung pada minat anda. Anda ingin memilih jurusan perubatan, silakan malahan saya alu-alukan dan saya tabik mereka-mereka ini. Kerana mereka berhadapan dengan nyawa. Namun, matlamat kita di akhir nanti apa? Tidak mungkin kita hanya mahu bekerja di hospital kerajaan. Tidak mungkin juga kita hanya mahu berkerja di hospital swasta. Mungkin saja kita mahu membina sebuah empayar perubatan kita sendiri ataupun sekurang-kurangnya membina 1 klinik.

Bagi saya ambillah apa jua jurusan. Asalkan kita ada matlamat di akhirnya. Besar harap saya anda yang membaca ini mempunyai minat untuk menceburi bidang perniagaan selepas tamat belajar nanti. Berbekalkan pengetahuan anda, berbekalkan keisimewaan anda, ceburilah bidang keusahawanan. Barulah boleh meningkatkan ummah.

Sudah entu anda mempunyai pendapat anda sendiri bukan? Silakan komen. Saya ini hamba. Saya juga tidak sempurna. Saya masih muda. Saya juga mentah bertatih di dunia. Sekadar pencerahan idea dan pendapat semata-mata.

sila lawati laman blog saya yang terbaru iaitu : http://herbalifegen-h.blogspot.com

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

Copyright @ 2013 Tak Serius!. Designed by Templateism | Love for The Globe Press